Karangan PT3 - Buah-buahan Tempatan Mampu Bersaing dengan Buah-buahan yang Diimport
Anda akan mewakili sekolah ke pertandingan perbahasan peringkat negeri.Tajuk perbahasan ialah �Buah-buahan Tempatan Mampu Bersaing dengan Buah-buahan yang Diimport�.Selaku pihak pencadang,sediakan hujah-hujah anda.
Selamat pagi saya ucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Pengerusi Majlis,Yang Berbahagia Pengetua Sekolah,barisan hakim yang arif lagi bijaksana,pihak pembangkang yang dikasihi,guru-guru dan rakan sekalian.Berdirinya saya di sini sebagai pencadang pertama,saya ingin menyatakan pendirian saya untuk menyokong sepenuhnya tajuk perbahasan hari ini yang berbunyi �Buah-buahan Tempatan Mampu Bersaing dengan Buah-buahan yang Diimport�.
Kita harus bersyukur kerana hidup di tanah air yang menerima hujan lebat sepanjang tahun dan mempunyai tanah yang subur.Faktor-faktor ini telah menyebabkan banyak buah diusahakan di negara kita.Buah-buahan tempatan ialah buah-buahan yang diusahakan dan ditanam di negara kita manakala buah-buahan yang diimport yang dieksport oleh negara asing ke negara kita.Sesetengah masyarakat menganggap buah-buahan yang dieksport adalah lebih baik daripada buah-buahan tempatan.Anggapan mereka itu adalah salah kerana buah-buahan tempatan lebih berkualiti dan dapat bertanding dengan buah-buahan yang diimport.
Buah-buahan tempatan merangkumi buah rambutan,mangga,manggis,tembikai,betik dan lain-lain lagi.Buah-buahan tempatan amat bernutrien dan mengandungi vitamin yang tinggi.Contohnya,jambu batu mengandungi Vitamin C dan agen pencegah penyakit.Selain itu,vitamin c juga dapat menyembuhkan luka dengan cepat.Buah-buahan tempatan seperti limau,oren dan sebagainya juga mengandungi bahan antioksidan.Zat ini dapat memperlambat proses oksidasi dalam badan.
Selain itu,buah-buahan tempatan juga lebih segar dan berkhasiat daripada buah-buatan yang diimport.Hal ini demikian,buah-buahan tempatan yang segar dipetik dari ladang dan terus diangkut ke pasar untuk dijual.Buah-buahan yang diimport pula tidak segar dan mengandungi bahan pengawet untuk mengekalkan kesegaran buah-buahan tersebut.Bahan pengawetan ini akan memudaratkan kesihatan dan akan menjejaskan rasa buah-buahan.
Di samping itu,buah-buahan tempatan lebih murah harganya.Ini kerana ladang buah-buahan menghasilkan buah yang banyak serta kebanyakan daripadanya dieksport ke luar negara manakala buah-buahan yang diimport dikenakan cukai dan harganya lebih mahal daripada buah-buahan tempatan.Perbezaan harga ini menyebabkan sesetengah masyarakat yang kaya cenderung untuk membeli buah-buahan yang diimport.Perbuatan mereka itu hanya menunjukkan kekayaan mereka tanpa mengambil kira nutrisi dan khasiat buah-buahan tersebut.
Semasa musim buah durian,para pelancong dari negara asing berkunjung ke negara kita untuk menikmati �Raja Buah�yang enak rasanya apatah lagi rakyat negara kita. Pada masa itu, banyak gerai buah durian akan didirikan bagai cendawan tumbuh selepas hujan dan buah durian akan dijual dengan harga murah.
Akhir sekali,sebelum mengundur diri,saya ingin menegaskan lagi tajuk perbahasan pada hari ini iaitu,�Buah-buahan Tempatan Mampu Bersaing dengan Buah-buahan yang Diimport�.Kita harus menyokong peladang negara kita agar memajukan pertanian negara kita kerana buah-buahan tempatan mampu bersaing dengan buah-buahan yang diimport.Hujah-hujah yang seterusnya disambung oleh rakan seperjuangan saya.