Karangan PT3 - Punca-punca Isu Perkauman
Isu perpaduan kaum di negara kita masih lagi menjadi topik hangat dan sering diperbincangkan.Isu ini seolah-olah tiada penghujungnya.Pada pandangan anda,mengapakah hal ini berlaku?
Sedewasara ini,isu-isu perpaduan kaum di negara kita menjadi buah mulut yang meniti bibir ke bibir dalam kalangan segenap lapisan masyarakat.Isu-isu perkauman memang tidak dinafikan lagi isu-isu perkauman menjadi isu utama yang dibincangkan dalam media massa dan di parlimen.Isu-isu perkauman ini berterusan sehingga tiada penghujungnya.Persoalannya,apakah punca-punca berlakunya isu-isu perkauman di negara kita?
Isu-isu perkauman di negara kita telah bermula sejak 1800-an lagi.Pada waktu itu,negara kita dijajah oleh pihak British.Pihak British juga memasukkan buruh-buruh asing dari negara China dan India untuk mengeksploit hasil bumi di negara kita.Tindakan British ini telah mewujudkan masyarakat berbilang kaum di negara kita.Walau bagaimanapun,British telah memperkenalkan dasar pecah dan perintah bagi melicinkan pentadbiran mereka di Tanah Melayu.Tindakan mereka telah memecahkan penduduk-penduduk dan mewujudkan jurang antara kaum-kaum tersebut.Jurang yang diwujudkan itu masih belum diatasi walaupun negara kita telah merdeka.Ini jelas dilihat dalam rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1963.Perselisihan faham berlaku antara kaum Cina dengan Melayu dan mewujudkan pergaduhan yang besar di negara kita.
Selain itu,perbezaan bahasa dan cara hidup juga mengakibatkan kejadian ini.Setiap kaum mengamalkan budaya dan cara hidup masing-masing.Sebagai contohnya,umat Islam akan bersembahyang lima kali sehari dan orang Cina akan membakar �kertas kuning� untuk menghalau roh semasa �bulan hantu mengikut kepercayaan.Sesetengah budaya ini tidak dapat diterima oleh kaum yang lain.Sebagai contoh,pembakaran �kertas kuning� menyebabkan sesetengah masyarakat yang berpenyakit respirasi seperti asma mengalami kesukaran dan pembakaran tersebut juga mengotorkan halaman rumah jiran-jiran yang terdekat.Selain itu,setiap kaum juga menggunakan bahasa sendiri untuk bergaul antara sama lain.Perbezaan bahasa ini akan menimbulkan prasangka antara kaum.Penganut Islam dilarang makan daging babi dan penganut Hindu dilarang makan daging lembu.Amalan pemakanan ini akan menyebabkan masalah jika terdapat jiran yang tersalah beri makanan tersebut.Perselisihan faham ini akan kemudiannya mencetuskan pergaduhan.
Di samping itu,kurangnya interaksi antara kaum dan sikap toleransi juga tidak boleh ditinggalkan.Secara umumnya,sesuatu kaum lebih cenderung untuk berkawan dan bergaul dengan orang daripada kaum sendiri.Ini boleh memudahkan pergaulan mereka kerana menggunakan bahasa yang dapat difahami oleh kedua-dua pihak.Hal ini demikian,sesetengah masyarakat tidak tahu bercakap dalam Bahasa Melayu dan mereka akan mengalami kesukaran untuk berinteraksi.Keadaan ini akan menimbulkan pergaulan seperti itik dengan ayam yang tidak dapat difahami oleh kedua-dua pihak.Sesuatu kaum juga sukar untuk menerima perbuatan kaum lain berdasarkan kepercayaan.Mereka yang tidak bersikap toleransi akan menentang perbuatan mereka dan menimbulkan perselisihan.
Pada masa yang menuju era globalisasi,terdapat juga kaum yang tidak bersetuju untuk bekerjasama dengan kaum lain.Masyarakat ini biasanya terdiri daripada golongan tua yang masih berpegang teguh pada perkauman.Mereka tidak sanggup menerima kaum lain di negara kita.Sebagai contoh,menurut berita terkini yang terpapar pada dada akhbar,seorang doktor wanita yang berkaum India yang cuba memberi bantuan kepada seorang pak cik yang cedera di jalan raya telah dihina dengan perkataan �keling�,dia hanya membenarkan doktor tersebut untuk memeriksa keadaannya setelah mengetahui bahawa wanita itu ialah seorang doktor.Peristiwa ini menjelaskan bahawa betapa tegasnya masyarakat tersebut dengan pendirian mereka.Mereka sanggup berada dalam kesakitan tetapi tidak sanggup menerima bantuan kaum lain.
Tuntasnya,isu-isu perkauman ini telah berlanjutan sehingga 50 tahun dan tiada penamatnya.Isu-isu ini perlu diatasi secepat mungkin supaya tidak menjadi duri dalam daging di negara kita.Untuk mengatasi masalah ini dalam jangka masa yang panjang,kerajaan telah mewajibkan dan mendorong semua sekolah kebangsaan dan majikan untuk memasukkan pelajar dari semua kaum.Perpaduan kaum merupakan teras pembangunan negara dan perlu diamalkan oleh setiap warganegara agar merealisasikan Wawasan 2020 dan konsep 1 Malaysia untuk menjadi semua negara yang serba maju supaya negara kita dapat �duduk sama rendah,berdiri sama tinggi� dengan negara lain di mata dunia.