Karangan PT3 - Kebakaran
Anda telah menyelamatkan anak jiran anda daripada hangus dijilat api dalam satu kebakaran di kawasan tempat tinggal anda.
Ceritakan pengalaman anda.
Pada hujung minggu yang lalu,ibu bapa saya terpaksa menghadiri majlis perkahwinan saudara kami.Saya ditinggalkan di rumah kerana dibebani dengan kerja rumah yang banyak di samping peperiksaan PT3 akan menjelang tidak lama lagi dan sesuatu peristiwa yang ngeri telah berlaku di rumah jiran saya.Ketika itu,jiran saya pun telah keluar meninggalkan anak-anak mereka yang masing-masing berumur 3 tahun,5 tahun dan 6 tahun.Saya menyiapkan kerja sekolah saya di suasana yang senyap dan tenang.Jam dinding menunjukkan pukul 8 malam,saya berasa letih lalu tertidur di meja.
Tiba-tiba,saya dikejutkan oleh suara orang menjerit.Saya terkejut lalu terjaga.Saya masih mendengar bunyi jeritan tersebut.Bunyi itu berasal dari rumah jiran hadapan saya.Rumah jiran saya telah dijilat api dan banyak orang yang sedang cuba memadamkan api dan ada juga yang berpeluk tubuh.Mereka memang tidak berperikemanusian.Tanpa berfikir panjang,saya pun memberi pertolongan untuk memadamkan api tersebut.Api mula merebak dan pihak bomba belum tiba lagi.Pada ketika itu,saya teringat akan anak-anak jiran saya dan tercari-cari mereka tetapi hanya dua orang budak yang berumur 5 tahun dan 6 tahun.Anak yang berumur 3 tahun masih terperangkap dalam rumah itu.
Masa sedang berlalu,jantung saya berdenyut dengan begitu cepat.Api itu tidak dalam berada dalam keadaan yang terkawal.Banyak soalan yang membayang di fikiran saya.Adakah budak itu sudah hangus dijilat api?Adakah dia masih boleh diselamatkan.Ramai jiran kami yang gagal memasuki rumah untuk menyelamatkan budak tersebut dan akhirnya mereka berputus asa.Saya masih berkeyakinan bahawa budak itu boleh diselamatkan.Saya menuju ke dalam rumah jiran saya.Saya dihalang oleh beberapa dewasa tetapi saya masih tegas dengan pendirian saya untuk menyelamatkan budak tersebut.
Saya mendengar bunyi tangisan budak tetapi saya tidak dapat menentukan lokasinya.Tiba-tiba,bunyi tangisan itu berhenti.Asap tebal keluar dan mencekik kerongkong saya.Saya berada dalam keadaan yang melemaskan dan sukar untuk bernafas.Saya berjaya memecah masuk ke dalam suatu satu bilik dan berjaya menemui budak tersebut.Budak itu terbaring di atas lantai.Saya segera menyemak memeriksa keadaan dia dan nadi dia masih berdenyut.Dia pengsan kerana kekurangan kandungan oksigen.Saya berasa lega ketika itu.Tanpa melengah-lengahkan masa,saya mendukung budak itu dan melarikan diri daripada rumah tersebut.
Ketika itu,pihak bomba,jiran saya dan ibu bapa saya pun telah tiba.Pihak bomba mengeluarkan hos yang panjang untuk memadamkan api tersebut.Budak tersebut segera diberi pertolongan cemas dan budak itu tersedar.Jiran saya dan ibu bapa saya begitu risau akan kami berdua.Jiran saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada saya kerana sanggup mengadaikan nyawa sendiri untuk menyelamatkan nyawa anaknya.Mereka juga mengatakan bahawa mereka terhutang budi dengan saya.Walaupun harta benda mereka telah musnah dalam kebakaran,mereka masih bersyukur kerana anak-anak mereka yang tidak ternilai telah diselamatkan.Saya berasa bangga pada diri saya sendiri kerana menerima pujian yang berterusan.