Karangan PT3 - Kerbau dipegang pada talinya,manusia dipegang pada janjinya
�Kerbau dipegang pada talinya,manusia dipegang pada janjinya�.Tulis sebuah karangan yang menarik tentang peribahasa tersebut.
Masyarakat Melayu memang kaya dengan pelbagai peribahasa.Setiap peribahasa mengandungi maksud tertentu.Begitu juga peribahasa �kerbau dipegang pada talinya,manusia dipegang pada janjinya� yang bermaksud janji mesti dipatuhi.Peribahasa ini harus dijadikan sebagai pedoman hidup.
Peribahasa ini memberi pengajaran kepada masyarakat tentang kepentingan mematuhi janji.Sebagai manusia,kita harus menunaikan semua janji yang telah dikotakan.Hal ini demikian,kita akan mendapat kepercayaan daripada orang lain jika kita menunaikan semua janji.Sikap ini akan memberi nama baik kepada kita. Sebagai contohnya,kita harus menghadiri temu janji yang ditetapkan pada waktu yang ditetapkan. Hal Ini dapat meyakinkan pihak majikan dan meningkatkan peluang untuk memperoleh kerja tersebut.
Selain itu,kita juga harus menunaikan janji antara ahli keluarga dan sahabat handai.Ini adalah untuk mengekalkan ikatan silaturahim.Sesetengah ibu bapa berjanji dengan anak-anak mereka untuk memberi hadiah jika mereka mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.Tujuan janji ini adalah untuk memberi galakan dan dorongan untuk anak-anak supaya melipatgandakan usaha bagi memperoleh keputusan cemerlang.Jika ibu bapa tidak menunaikan janji mereka,anak-anak akan berasa kecewa dan berkemungkinan mereka tidak akan belajar bersungguh-sungguh dalam peperiksaan seterusnya.
Di samping itu,kita harus menunaikan janji untuk mengelakkan perselisihan faham atau pergaduhan.Sebagai contohnya,jika kita berjanji untuk keluar bersama kawan namun telah memungkiri janji kawan kita lalu mereka akan berasa marah dan akan menimbulkan pertelingkahan yang kemudiannya mencetuskan pergaduhan.Jika kita berjanji untuk memberi bantuan,janganlah memungkiri janji tersebut kerana rakan kita akan berasa seolah-olah ditipu dan merenggangkan hubungan silaturahim antara rakan.
Tambahan pula,peribahasa �kerbau dipegang pada talinya,manusia dipegang pada janjinya� juga mengingatkan masyarakat untuk mengamalkan sikap amanah dalam kehidupan.Sikap amanah bukan sahaja harus diamalkan dalam pergaulan malah dalam etika kerja.Setiap jawatan dalam sesuatu kerja mempunyai tanggungjawab masing-masing.Sebagai contohnya,seorang polis akan berikrar dan berjanji untuk menjalankan tugas sebelum dilantik sebagai polis.
Konklusinya,peribahasa �kerbau dipegang pada talinya,manusia dipegang pada janjinya� harus dijadikan pegangan hidup untuk mendapat kepercayaan orang lain.Kepercayaan orang lain terhadap kita amat penting untuk mengelakkan perselisihan faham dan dapat memperoleh banyak manfaat.Oleh yang demikian,kita harus sentiasa berusaha untuk mengotakan setiap janji.Kita juga boleh membuat membuat memo atau catatan supaya tidak terlupa tentang sesuatu temu janji atau temu bual.