Karangan PT3 - Surat tidak rasmi ( Mengajak kawan untuk mengikuti kelas tuisyen)
Rakan anda menghadapi masalah untuk mengikuti pelajaran di sekolah.Anda telah menasihatinya supaya mengikuti kelas tuisyen.
Tuliskan surat anda kepada rakan anda itu selengkapnya.
Ke pangkuan sahabatku,Dennis yang kini tinggal di Kota Bahru.Semoga saudara berada dalam keadaan sihat walafiat.Saya dan keluarga di sini sihat-sihat sahaja.Bagaimanakah kehidupan saudara di Kota Bahru?Saya berharap saudara telah dapat menyesuaikan diri dengan keadaan baru di Kota Bahru walaupun saudara telah setahun berpindah ke situ.
Saudara,
Surat saudara telah selamat saya terima beberapa minggu yang lalu dan sekarang baru saya memperoleh masa untuk membalas surat saudara kerana dikongkong oleh rutin harian saya.Dalam warkah saudara,tertulis tentang masalah saudara untuk mengikuti pelajaran di sekolah dan meminta nasihat daripada saya.Walaupun saya bukan seorang yang profesional memberi khidmat nasihat tetapi saya akan mencadangkan saudara supaya mengikuti kelas tuisyen.
Untuk pengetahuan saudara,saya sedang mengikuti kelas tuisyen pada setiap hari selepas waktu persekolahan.Saya pun pernah mengalami keadaan yang dilalui oleh saudara sehingga saya gagal dalam peperiksaan penggal pertama.Saya berasa begitu sedih dan hampir berputus asa.Walau bagaimanapun berkat usaha gigih dan tabah mendorong saya untuk terus berusaha bak kata pepatah �hendak seribu daya,tak hendak seribu dalih� dan keluarga saya pula menghantar saya ke kelas tuisyen.Kini,prestasi saya telah meningkat dan saya mendapat keputusan yang memuaskan dalam peperiksaan pada bulan lepas.
Saya memahami keadaan kewangan saudara dan ibu bapa saudara kurang mampu untuk menghantar saudara ke kelas tuisyen.Saya mencadangkan saudara untuk menabung wang saku yang diberi oleh ibu bapa.Dengan cara ini,saudara dapat mengurangkan beban ibu bapa saudara untuk menghantar saudara ke kelas tuisyen.Saya begitu tegas dengan pendirian saya untuk menggalakkan saudara untuk mengikuti kelas tuisyen kerana saudara perlu mula membuat
persediaan dari sekarang bak kata pepatah �sediakan payung sebelum hujan�.Jika saudara tidak dapat mengikuti pelajaran pada sesi pertama,tentu saudara tidak dapat memperoleh keputusan yang memuaskan di Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang akan kita duduki pada bulan Oktober.Hal ini demikian,peribahasa Cina ada menyebut permulaan yang � baik bersamaan kejayaan yang separuh�.
Di kelas tuisyen,saudara dapat memperkukuh kefahaman saudara tentang sesuatu mata pelajaran.Saudara juga akan dapat bertanya kepada guru tuisyen jika menghadapi sebarang masalah kerana malu bertanya sesat jalan.Hal ini kerana saudara ada mengatakan bahawa pelajar lain akan mengetawakan saudara jika bertanya sesuatu soalan di hadapan saudara sehingga memalukan.Di pusat tuisyen,bilangan murid adalah lebih sedikit dan saudara akan berasa lebih yakin ketika bertanya sebarang soalan.Saudara akan mendapat layanan yang lebih peribadi kerana guru dapat memberi tumpuan yang lebih kepada pelajar yang tidak faham. Saudara tidak perlu bimbang kerana kelas tuisyen yang disediakan berasaskan silabus silibus mata pelajaran tingkatan 3.
Tambahan pula,kelas tuisyen menyediakan latihan dan soalan berpandukan sepenuhnya format peperiksaan PT3.Dengan ini,saudara dapat menyesuaikan diri dengan contoh soalan dalam peperiksaan PT3 dan mampu menjawabnya.Selain itu,cikgu-cikgu sangat berpengalaman dan kebanyakan daripada mereka adalah bekas guru,pensyarah ataupun penanda kertas peperiksaan.Mereka pun juga pernah menghadiri kursus tentang cara menjawab soalan PT3.Saudara juga dapat mengesan kelemahan saudara di bahagian tertentu dan daoat dapat memperbaiki kelemahan tersebut.Guru tuisyen juga akan menjelaskan kesalahan saudara dan cara memperbaiki kelemahan satu per satu.Dengan ini,saudara akan mempunyai kemungkinan yang tipis untuk mengulangi kesalahan tersebut.
Walau bagaimanapun,saudara perlu sentiasa menumpukan perhatian dan memasang telinga dalam kelas.Kelas tuisyen hanya berfungsi sebagai sokongan dan bantuan selain sesi pengajaran dan pembelajaran di kelas.Hal ini kerana sesetengah pelajar menganggap guru tuisyen mereka sebagai �Tuhan� dan enggan mendengar nasihat guru di sekolah dan tidak menumpukan pelajaran di kelas.Saudara janganlah berasa tertekan dengan keadaan saudara kerana saudara masih mempunyai masa yang sangat sedikit.Kata orang,�masa tidak pernah menunggu kita,kita yang sering mengejarnya�.Oleh itu,saudara seharusnya membuat persediaan awal agar tidak menyesal selepas peperiksaan kerana pada masa itu nasi sudah menjadi bubur.
Ini sahaja coretan saya pada kali ini.Kirimkan salam saya kepada ibu bapa saudara.Sebelum membuat tindakan sama ada saudara hendak mengikuti kelas tuisyen atau tidak,saudara perlu berbincang dengan ibu bapa saudara.Balaslah surat saya jika masa membenarkan.Semoga saudara memperoleh keputusan cemerlang di peperiksaan PT3.
Sahabatmu,
Sathya

6,Jalan Hang Delima,
Taman Bahagia,
76900 Jerantut
Pahang.
25 JANUARI 2016