Ikon Belia Negara, Datuk Nurulhidayah Dikecam Kerana Kutuk MAS
Anak Zahid Hamidi, Nurulhidayah Hina Pramugari MAS | SEPANG - Tindakan anak timbalan perdana menteri Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid mengutuk pramugari Malaysia Airlines (MAS) mencetus kemarahan Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (NUFAM).
"Saya berpendapat budak ini sungguh biadab, tidak cerdik dan kurang sensitif dengan post beliau di Instagram yang telah menguris hati ramai pekerja kru kabin.
"Jika begini perangai seorang anak timbalan perdana menteri, maka beliau memang bukan berjiwa rakyat. Beliau seharusnya lebih berhemah dalam memberi komen di laman sosial dan mengutamakan serta membela nasib kaum pekerja wanita. Bukannya mengutuk mereka.
"Jadi, tolong tutup mulut dan jangan terlampau lantang sebab komennya akan memalukan bapanya sendiri yang selalu terbang ke luar negara dengan syarikat MAS," katanya.
Komen Nurulhidayah di laman Instagram sebelum dibuang:
"Langkah penjimatan syarikat. Naik Air Asia pun boleh. Malaysia Airlines, hmmm (bapak mahal!!! - bahasa pasar). Pramugari pun dah tua-tua. Harap pandangan kasar saya ini tidak dipandang sebagai mencampuri urusan kerajaan yer. Jangan kecam saya.
"Service teruk! Saya sudah terbang bersama Malaysia Airlines untuk beberapa tahun dan ia semakin merosot. Tempat duduk tak bersih (ada chewing gum melekat), kusyen yang kotor, selimut telah dikecilkan saiznya seperti saiz shawl yang hanya dapat menutupi bahagian bahu kiri dan kanan sahaja, menu makanan yang teruk dan kakitangannya yang bersuara lantang dan kurang ajar.
"As a frequent passenger on business and economy, the staff are unable to extend any politeness or warmth on economy. One does not need to pay extra for basic courtesy and friendliness. Economy pirce does not equate to rude service.
"MH 'Malaysia Hospitality' logo is moer like outright 'Malaysia Hostility'. The staff need training on good manners for all cabin classes," katanya.
Bagaimanapun, Nurulhidayah dilaporkan telah memohon maaf secara terbuka kepada kakitangan MAS.
"I love MAS. I admit there is also good experience flying with them. Due to one of my bad experience (also telling 'Pramugari MAS tua' instead of using better word like - berumur etc) and now being 'bash' by 'ghost' crew. I'm quite surprised none of them wrote a comment to have a better service etc. They took it personally rather than to improve.
I don't just comment on my bad experience but yes I do have friends that has bad experienced with them too but no one heard them because they are nobody. Non of the comment from those 'ghost' (I believe most of them are crews) shows an attitude of a Malaysian crew. I am sorry for MAS." katanya memetik laporan Pixelperfext.
Berikut merupakan screenshot Datuk Nurulhidayah mengenai MAS yang telah dipadam.
(Baca: Datuk Nurulhidayah Dikatakan Otak Sampah, Mulut longkang dan Hati Batu)