Apa yang Menarik di Ceramah Dr Zakir Naik di Imtiaz Besut

Sedikit Perkongsian Point Penting Dari Ceramah Dr Zakir Naik di Imtiaz Besut, Terengganu

1. Dalam Al Quran yang diturunkan 1400 tahun lampau ada beribu fakta sains dan tidak ada satupun yang bercanggah dengan �established science�

2. Dr Zakir Naik menjelaskan beliau tidak menggunakan sains untuk membenarkan Al Quran tetapi menggunakan apa yang dianggap oleh kebanyakan atheist sebagai fakta yang superior ( science ) dan menunjukkan bahawa fakta yang superior bagi dirinya ( Al Quran ) mendahului sains. Dr Zakir Naik mengemukakan banyak ayat Quran yang membicarakan tentang ilmu perkembangan embrio di dalam kandungan, ilmu tentang kitaran air, teori Big Bang dan banyak lagi yang mana baru saja ditemui oleh saintis dunia walhal ianya jelas disebutkan oleh Al Quran 1400 tahun lalu.

3. Hanya yang mencipta boleh mengetahui tentang ciptaannya secara detail. Begitu juga Al Quran, banyak fakta sains di dalamnya sudah berjaya dibuktikan dengan sains moden kerana yang menurunkan Al Quran itu adalah pencipta itu sendiri.

Apa yang Menarik DI Ceramah Dr Zakir Naik di Imtiaz Besut

4. Ada seorang Non Muslim bernama Carlos bertanya tentang Old Testament dan New Testament. Yang manakah di antara keduanya yang boleh dia percayai. Dr Zakir Naik menjawab, The Last Testement ( Al Quran )lah yang Carlos harus percaya kerana ianya adalah pesanan Jesus itu sendiri seperti di dalam chapter 16 Gospel Of John � I have yet many things to say unto you, but you cannot bear them now. However when he, the Spirit of truth is come, he will guide you unto all truth: for he shall not speak of himself; but whatsoever he shall hear, that shall he speak: and he will show you things to come. He shall glorify me�.

5. Dr Zakir Naik tidak memaksa Carlos untuk masuk Islam ketika Carlos mengatakan dia belum bersedia walaupun Carlos sudah mengatakan bahawa dia percaya Jesus bukan Tuhan dan percaya bahawa Nabi Muhammad saw adalah Rasul Allah. Dr Zakir Naik mendoakan Carlos mendapat hidayah dan meminta Carlos mengkaji lebih dalam tentang Islam.

6. Dr Zakir Naik menyatakan bahawa beliau sedar beliau mempunyai ramai peminat begitu juga musuh. Beliau juga sedar ada beberapa orang Islam yang tidak menyukai dirinya. Beliau mengatakan beliau terbuka untuk menerima teguran kerana beliau percaya manusia bukan maksum. Beliau cuma meminta orang Islam yang telah menuduhnya membuat sesuatu yang bertentangan dengan Islam untuk datang bersemuka dengannya atau mengemukakan referensi daripada ayat Al Quran yang bercanggah dengan perbuatannya. Jika ada yang bercanggah, beliau sanggup mengaku salah.

7. Beliau mengucapkan terima kasih kepada Hindraf yang telah memberinya publisiti percuma. Beliau berkata selepas berita tentangnya dan Hindraf menjadi Headline berita dan suratkhabar, bilangan orang yang akan ke KL untuk mendengar ceramahnya meningkat mendadak.

8. Jika ada Non Muslim yang tidak suka Islam yang tidak berperikemanusiaan, Islam yang menindas wanita, Islam yang tidak percaya sains, Islam yang tidak menggunakan logik ketahuilah bahawa beliau juga tidak suka agama yang begitu. Beliau suka untuk memberitahu Non Muslim bahawa apa yang mereka sangkakan itu bukanlah Islam yang sebenar. Masih banyak Non Muslim menganggap perbuatan Muslim itu adalah Islam padahal bukan semua perbuatan dan tingkah laku Muslim itu adalah Islam

12 April 2016
Imtiaz Besut, Terengganu

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel