Faye Kusairi Bengang Elly Mazlein Enggan Mohon Maaf
Berita penceraian pelakon Elly Mazlein dan juga pengarah drama Azmi Hatta dikatakan berkait rapat dengan kehadiran orang ketiga yang juga merupakan seorang pelakon iaitu Faye Kusairi. Berita ini hangat menjadi topik perbualan orang ramai terutamanya di laman sesawang. Bagaimanapun, Faye Kusairi tampil memberi penjelasan terhadap punca yang tidak relevan itu kepada pihak media.
Menurut Faye, tuduhan yang dilemparkan menjejaskan dirinya sebagai artis baharu malah keluarga juga turut menerima tempias. Tambahnya lagi, dakwaan Elly yang mengatakan Faye punca penceraian merupakan fitnah sama sekali dan beliau meminta agar Elly menarik semula tuduhan yang dilempar dan diarah agar memohon maaf kepadanya. Bagi pihak Elly pula, beliau tidak pernah menuduh sesiapa pun yang menyebabkan keretakan rumahtangganya
�Saya hanya ingin menegakkan kebenaran, bukan saya punca mereka bercerai, Elly tidak meminta maaf dan tidak menjawab permintaan saya�
�Jika dia sudah membuat kenyataan tidak menuduh sesiapa, jadi bukan sayalah orangnya, mungkin orang juga fitnah dia mengatakan saya punca penceraian, dan mungkin ini kes fitnah atas fitnah�
Tambahnya lagi, beliau hanya ingin menerangkan perkara sebenar. Apa yang benar tidak perlu takut membuat penjelasan. Faye juga tidak mahu kes ini sehingga melibatkan maruah keluarga sedangkan dirinya tidak bersalah sama sekali. Faye juga bersimpati dengan keadaan yang menimpa Elly. Jelasnya lagi, hubungan yang terjalin antara Faye dan juga bekas suami Elly tidak lebih dari seorang pelakon dan juga pengarah drama.
(Baca: Kasihan Elly Mazlein, Baru Melahirkan Sudah Kehilangan Suami)