Fasha Sandha Enggan Rujuk Kembali Dengan Jejai
�Berpisah jalan terbaik, cinta itu tidak semestinya harus bersatu� berikut merupakan penjelasan pelakon, Fasha Sandha kepada media mengenai status sebenar beliau dan bekas suami, Jejai atau nama sebenar Rizal Ashram Ramli.
Menurut Fasha, dirinya lebih tenang setelah berpisah, malah lebih bahagia di samping anak-anak. Perancangan ingin bersatu sebagai suami isteri tidak pernah terlintas walaupun ramai peminat berharap agar mereka bersama kembali lapor Utusan Online.
Bagaimanapun, Fasha sangat menghargai jasa baik peminat yang tidak putus mendoakan kebahagiaan beliau. Isu rujuk kembali ini muncul setelah Jejai memuat naik foto Fasha sempena ulangtahun kelahirannya. Ramai yang menyangka mereka dalam proses ingin bersatu kembali.
�Sejujurnya, setakat ini saya hanya terima Rizal sebagai ayah kandung kepada kedua-dua anak saya. Saya tidak bercadang untuk kembali bersama Rizal dan keluarganya�
Tambah Fasha, hubungan bersama bekas suami masih baik demi anak-anak dan tidak lebih daripada itu. Ucapan kelahiran yang dituju oleh Jejai baru-baru ini menerusi akaun instagramnya tidak mempunyai maksud apa-apa. ianya sekadar tanda ingatan Jejai kepada Fasha di hari lahirnya.
�Mungkin jodoh kami sampai disini sahaja, apa yang terjadi semuanya takdir Allah, ada hikmah disebaliknya. Saya bersyukur di atas apa yang berlaku.