Hafiz Suip Risau Kesihatan Tunang
Bakal mendirikan rumah tangga pada 14 Mei ini, Hafiz akui bimbang dengan kesihatan tunang yang kini dilaporkan terkena demam denggi. Walaupun sudah dikeluarkan dari pusat Perubatan Subang Jaya 3 hari lalu, namun tunangnya masih belum pulih sepenuhnya.
�Saya harap benar dia dapat sembuh dengan cepat, nasib baik juga persiapan perkahwinan kami diuruskan oleh keluarga, dan dia perlu berehat secukupnya selepas keluar hospital nanti lapor Mstar.
Menurut Hafiz, beliau kini sedang memberi tumpuan sepenuhnya kepada tunang untuk memastikan kesihatannya pulih seperti biasa. Hafiz sememangnya risau dengan keadaan tunang dan berharap segala urusan dipermudahkan segalanya.
Kini, persiapan perkahwinan sudah 80 peratus selesai. Hafiz dan tunang bakal bergelar suami isteri pada 14 Mei 2016 dan majlis perkahwianan akan diadakan di Kuching, Sarawak.
Semoga tunang hafiz beransur pulih dan kembali sihat seperti sedia kala.