Populariti Lara Alana Buat Awal Ashaari Risau
�Dia cuma anak kepada selebriti, bukan selebriti�. Tidak menyangka rezeki Lara Alana semakin bertambah, anak kepada selebriti terkenal Malaysia, Awal Ashaari dan Scha Alyahya ini mula menerima pencalonan sebagai personaliti media sosial popular untuk ABPH yang akan datang tidak lama lagi.
Populariti Lara yang kian memuncak sekaligus mengangkat anak selebriti ini ke tahap yang lebih serius dan Awal akui beliau mula berasa takut. Menurut Awal, kewujudan instagram anaknya bukanlah ingin meraih populariti semata-mata, ianya sekadar suka-suka dan niat Awal hanya ingin berkongsi kepada orang ramai lapor Harian Metro.
Ekoran daripada itu, bilangan pengikut Lara di instagram naik mendadak dan kini sudah mencecah 1.6 juta pengikut.
�Instagram itu bukannya Lara, tetapi saya. Apabila perkara itu berlaku seolah-olah saya pula yang tercalon,Bukan apa, saya takut orang memandang serius kewujudan akaun Instagram Lara itu�
Awal cuma merasa bersalah setelah anaknya dicalonkan dalam pencalonan tersebut sedangkan Lara dikenali menerusi instagram yang diwujud olehnya dan tidak pernah timbul niat untuk mempromosikan anak sendiri sehingga ke tahap yang tidak sepatutnya buat Lara yang baru sahaja berusia setahun enam bulan itu. Menurut Awal, tiada rasa bangga atau gembira dengan berita pencalonan itu, malah beliau menegaskan anaknya, Lara Alana sama sahaja seperti kanak-kanak lain.