Isteri Minta Cerai Akibat Suami Terlalu Kacak
KAHERAH � Seorang wanita Mesir dilaporkan mahu menuntut cerai gara-gara wajah suaminya yang terlalu kacak, menurut laporan portal berita popular tempatan Emirates 247.
Anehnya, wanita tempatan itu mendakwa bahawa konon hidup berumah tangga bersama-sama dengan suaminya tersebut selama ini telah membuatkan dirinya berasa lebih teruk sengsara.
Dia dan suaminya yang merupakan seorang doktor dilaporkan sudahpun berkahwin selama tiga tahun namun portal itu tidak pula mendedahkan lokasi sebenar pasangan ini menetap lapor Mynewshub.
Gambar hiasan. |
Menurut wanita tersebut lagi yang tidak didedahkan identitinya, dia tidak dapat mempercayai suaminya malah sentiasa mempunyai perasaan amat cemburu pada tahap tertinggi.
Dia bimbang suaminya mungkin menjalinkan hubungan sulit disebabkan wajahnya yang begitu kacak khasnya dengan jururawat muda atau pesakit wanita yang belum lagi berkahwin.
Bahkan, dia mendakwa, ramai remaja wanita termasuk di luar kawasan hospital juga dikatakan sering �mencuri� pandang terhadap wajah kacak suaminya itu, menurut Emirates 247.
Kisah pelik dialami oleh wanita Mesir itu kini menjadi viral di lelaman media sosial tempatan waima ada mendakwa ceritanya tersebut sebagai tidak masuk akal atau cuma syok sendiri.
Pada masa sama, ramai wanita lain khasnya para isteri yang amat bersetuju dengan keputusan nekad dibuat olehnya itu sambil berkata ia adalah keputusan bijak, tambah Emirates 247.
Seorang pengguna internet, Laila, berkata daripada meneruskan kehidupan dalam keadaan sengsara dan sering berdepan dengan tekanan, lebih baik wanita itu dan suaminya segera berpisah.
Tidak dapat dipastikan sama ada netizen wanita yang begitu galak memintanya bercerai mungkin ada pula niat lain untuk mengahwini lelaki kacak tersebut.