Rahsia Gaji Penjual Cendol Mengalahkan CEO
KISAH mengenai penjual cendol ini dikongsi oleh seorang pengguna Facebook tempatan, Baharuddin Mohamed dari Muar, Johor.
Penjual cendol dikenali sebagai Haji Ali oleh penduduk sekitar daerah itu, menjalankan perniagaan penjualan cendol sejak 4 tahun lalu selepas bersara.
Warung Haji Ali terletak di hadapan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Muar.
Tiga daripada anak Haji Ali turut mengikut jejak langkahnya menjadi peniaga walaupun mempunyai kelulusan ijazah, sekali gus sudah pasti ada keistimewaannya di situ.
Menurut Baharuddin, Haji Ali mampu jual lebih 500 mangkuk cendol sehari. Itu tidak termasuk pelanggan yang beli secara bungkus.
�Dia tak cakap dengan saya berapa dia dapat. Tapi anda pun boleh kira sendiri. Kalau sebulan boleh dapat 10 ribu ringgit jual cendol je, kenapa tak percaya kan..� tulis Baharuddin.
Di bawah, antara tip kejayaan Haji Ali yang dikongsikan:
Jual cendol bergaji CEO.
====================
Hj. ALI berniaga dah 4 tahun lepas dia pencen. Saya suka makan cendol durian dia. Kedainya kecil je depan MRSM Muar.
Empat anaknya semuanya lulusan ijazah. Sekarang tiga darinya ikut dia berniaga. Jual rojak dan jual cendol. Tapi buka tempat lain-lain.
Saya suka berbual dengan hj Ali. Banyak nasihat dia dalam bisnes. Bisnes kena ikhlas. Kita bisnes ni ikut sunnah katanya.
Dia menjual lebih 500 mangkuk sehari. Ada yang berhenti beli bungkus sampai 10 bungkus. Maklumlah tengah panas.
Dia tak cakap dengan saya berapa dia dapat. Tapi anda pun boleh kira sendiri. Kalau sebulan boleh dapat 10 ribu sebulan jual cendol je. Kenapa tak percaya kan..kalau 5 ribu percaya tak ?.
Jual apa yang orang nak, jual tempat orang berkumpul-kumpul. Kalau anak-anak dia bolwh buka 5 tempat lagi dengan perkara yang sama. Berapa pendapatan keluarga mereka. Ahh saya ni berangan je..melayu selalu dikaitkan berangan mat jenin kan..jangan percaya.
Nak jadi jutawan senang je.
Jual barang untung seringgut jual kat 1 juta orang .
Atau
Jual barang untung sepuluh ke 100 ribu orang.
Atau
Jual barang yang untung RM100 kepada 10000 orang.
Teorinya senang kan..
" Asas berniaga adalah menjaja ".
Saya berbual dengan Hj Ali, beberapa perkara saya belajar. Antara tip yang saya dapat
1. Buat bisnes biar kecil tapi untung besar. Jangan buat bisnes besar tapi tak ada untung. Jual cendol nak mulakan bisnesnya bawah RM200 kalau mahu.
2. Usahawan selalunya melihat dari mata helang, jangan melihat tapi tak nampak. Usahawan perlu nampak lubok duitnya dimana sahaja.
3. Fokus dengan bisnes kecil dulu, tindakan yang penting dari berangan besar tapi tak jadi-jadi. Lakukan sekarang.
4. Betulkan persepsi berniaga dari orang kita. Berniaga adalah perkerjaan yang baik. Bisnes bukan untuk kaya semata-mata. Hj Ali berniaga untuk mencari kerja lapangnya waktu selepas bersara.
5. Berniaga ni best, dapat banyak kawan dan hidupnya bersantai. Dari dulu masa kerja dia selalu sakit masuk ward je selalu. Sekaranag dia ceria.
6. Jangan malu kalau nak berjaya. Kalau malu tentu tak berjaya.
Jemputlah singgah , depan MRSM Muar. Kalau nak catering boleh kot tempah juga.
#?TipNasihatBisnes
#?OrangMuar
Share dan like.
Sesungguhnya Allah telah menyatakan dalam Al-Quran melalui surah Al-Baqarah ayat 212 yang bermaksud: �Dan Allah akan memberikan rezeki kepada orang yang dikehendakinya tanpa batas.�
Para pembaca yang ingin menceburkan diri dalam perniagaan bolehlah ikut tip-tip yang telah dikongsikan oleh Haji Ali bagi meraih keuntungan besar meskipun perniagaan nampak �biasa-biasa� sahaja.