Wanita yang Sudah Mati Tuntut Keadilan di Facebook
SEBUAH akaun Facebook menjadi sensasi dan hangat diperkatakan di Filipina, apabila seorang gadis cantik yang telah meninggal dunia dikatakan meminta bantuan orang ramai mencari pembunuhnya menerusi laman sosial tersebut.
Akaun Facebook �Justice for Jhoy Mercado � Edgel Durolfo� itu, sering memuat naik status mahukan pembunuh yang masih bebas di luar sana, ditangkap.
Gambar selfie mangsa Edgel Durolfo bersama teman lelakinya, Rodney Ynchausti juga banyak dimuat naik admin page Facebook tersebut, seolah-olah menuduh dialah pembunuhnya.
Apa yang mencetuskan kontroversi, admin page tersebut tidak dikenali dan gambar serta cerita yang dikongsi membuatkan ada yang menuduh ianya dibuat oleh roh mendiang.
Bagaimanapun, ramai percaya page Facebook itu dibuat oleh individu lain yang berniat menakut-nakutkan pembunuh dan mahukan keadilan buat Durolfo.
Durolfo dilaporkan dihantar ke hospital oleh teman lelakinya sendiri dalam keadaan cedera di muka dan badan dipercayai teruk dipukul, sebelum meninggal dunia.
Selepas kejadian teman lelakinya lesap tanpa khabar berita dan pihak polis dilaporkan sedang berusaha mencarinya.