Isu Nora Danish dan Nedim Nazri Bakal Nikah Tahun Ini
BARU-baru ini memang ada desas-desus menyatakan pelakon jelita, Nora Danish bakal mendirikan rumah tangga dengan teman lelakinya, Nedim Nazri tidak lama lagi.
Mengulas perkara itu kepada mStar Online, Nora, 35, mengakui tidak menolak kemungkinan akan berkahwin tahun ini.
Bagaimanapun, ibu tunggal anak satu ini memberitahu, dia pada masa yang sama tidak mahu terburu-buru berkenaan hal ini kerana ingin memastikan dirinya benar-benar sedia memikul tanggungjawab menjadi isteri.
�Saya tidak menolak kemungkinan akan berkahwin pada tahun ini tetapi sebelum itu saya ingin memastikan saya sudah bersedia untuk kembali bergelar sebagai isteri.
�Tambahan pula saya tidak mahu berkahwin hanya semata-mata kerana cinta sebaliknya kerana Allah.
�Insya-Allah jika sudah sampai masanya nanti saya akan beritahu kepada semua,� katanya.
Sementara itu, pelakon putih gebu ini memberitahu, dia tidak merancang untuk mengadakan majlis besar-besaran dan hanya mahu perkahwinan yang ringkas.
Difahamkan, Nora juga telah beberapa kali bertemu dengan keluarga Nedim termasuk Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz yang merupakan bapa kepada Nedim.
Dalam perkembangan lain, Nora dilantik menjadi duta produk dan ikon selfie model telefon pintar Oppo F1 Plus selama setahun.