Wak Doyok Jadi Penyanyi Pula

NAMA aslinya Mohd. Azwan Md. Nor. Namun, jejaka ini lebih dikenali dengan nama samaran Wak Doyok, merupakan ikon fesyen dan trend setter dalam kalangan lelaki dengan gaya dan penampilan sentiasa segar dan kemas.

Kariernya bermula sebagai ikon fesyen, kemudian diikuti dengan bidang lakonan dan pengacaraan. Kini Wak Doyok, 36; menambah satu lagi koleksi dalam hidupnya apabila bakal bergelar seorang penyanyi pula lapor Mynewshub.

Wak Doyok Jadi Penyanyi Pula

Bakal tampil dengan single sulungnya dengan kerjasama penyanyi Asfan atau Norasfan Shah Shah Rudin, 33. Ikon fesyen ini memilih genre balada bagi single pertamanya itu.

�Saya baru sahaja berbincang dengan penyanyi Asfan untuk menghasilkan single pertama.

�Dia mencari lagu dan lirik sesuai untuk saya. Kalau nak tahu saya memang suka menyanyi sejak dulu dan single ini akan jadi salam perkenalan sebagai penyanyi,� katanya kepada akhbar Harian Metro.

Personaliti ini turut tercalon dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29 (ABPBH29) untuk kategori Personliti Media Sosial Popular dan Pengacara TV Popular.

Mana tidaknya, laman Instagram miliknya memiliki seramai 1.2 juta pengikut dan mempunyai 120 ribu lebih likes menerusi  laman Facebooknya.

Selain itu, pengacara program travelog yang disiarkan di Rangkaian Media Prima itu tidak meletakkan harapan yang tinggi terhadap pencalonan itu.

Ini memandangkan dia adalah pendatang baharu dalam industri tanah air. Setiap calon yang bertanding punya keistimewaan tersendiri.

Racangan travelog Ke Jepun Ke Kita kini sedang menjalani sesi pengambaran. Melalui racangan ini Wak Doyok masih lagi digandingkan dengan Myo dari kumpulan Oh Chentaku kerana keserasian yang dimiliki mereka.

Namun perkembangan positif yang diterimanya dilihat sebagai satu rezeki dalam kariernya. Selebriti ini juga baru sahaja selesai menjalani penggambaran Abang Long Fadil 2 arahan Syafiq Yusof.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel