Kenyataan Fizo Omar Isu Pelanggan Mengganas Dipersoal

SEJAK insiden video serangan tudung Fareeda menjadi viral di media sosial, pengacara Fizo Omar dan isterinya Mawar yang merupakan pengusaha jenama tersebut teruk dihentam netizen.

Ini berikutan, ramai berpendapat jenama itu menggunakan gimik murahan dalam mempromosikan tudung tersebut dan tidak menjaga batas agama kerana membenarkan perempuan dan lelaki berhimpit-himpit lapor Mynewshub.

Kenyataan Fizo Omar Isu Pelanggan Mengganas Dipersoal

Lebih panas, selebriti Wardina Safiyyah turut menyelar pengusaha agar tidak melayan pelanggan seperti lembu sekali gus merujuk kepada �insiden serangan� tudung tersebut.


Dalam pada itu, Fizo Omar yang juga merupakan Ketua Bahagian Pemasaran, Fareeda Global Resources, menafikan tiada sebarang adegan rusuhan ketika jualan berlangsung.

Menurutnya, dia percaya ada pihak tidak bertanggungjawab cuba �memanaskan keadaan�, sehingga pengeluar jenama tudung terkemuka Fareeda menerima kecaman luar biasa.

�Tidak, ia langsung tidak se�perti yang dihebohkan oleh mereka. Tidak ada adegan merusuh atau kecederaan.

�Apa yang berlaku, pada kami bukanlah satu isu yang besar pun. Bagaimanapun, saya percaya ada pihak yang cuba campur tangan sehingga perkara ini mendapat perhatian dengan cara yang salah.

�Saya percaya mereka yang mengeluarkan komen di laman sosial itu sebenarnya tidak berada di sana sewaktu hari kejadian, jadi mereka hanya mengambil kesem�patan untuk memanaskan keadaan,� katanya.

Bagaimanapun, penjelasan aktor popular ini seakan tidak selaras dengan apa yang diperlihat menerusi video viral berdurasi 16 saat itu.

Dalam video itu, jelas memperlihatkan ribuan pembeli kelihatan bersesak-sesak hingga sanggup berhimpit-himpit antara lelaki dan perempuan untuk mendapatkan tudung terbaharu.

Malah, ada juga berlakunya adegan pergaduhan kecil antara pelanggan sehinggakan tudung pelanggan ditarik ketika cuba mendapatkan nombor giliran untuk membeli tudung tersebut.

Insiden itu dilaporkan berlaku di pintu masuk cawangan utamanya di Bandar Baru Bangi, Selangor pada Sabtu lalu.


Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel