Luahan Ibu Peserta JCM Apabila Netizen Kritik Hadiah Kemenangan Anak Mereka

KUALA LUMPUR � Ibu kepada kanak-kanak yang memenangi hadiah antara RM10 hingga RM20 dalam program Junior Cycling Malaysia (JCM) baru-baru ini tampil mempertahankan agenda penganjuran program itu bukan kerana duit tetapi demi memajukan sukan berbasikal.

Wanita berkenaan dalam akaun Facebooknya, Azizah Yahya menyatakan rasa terkilan segelintir masyarakat yang melemparkan pelbagai kutukan dan kritikan di media sosial berikutan nilai hadiah yang diterima oleh anaknya dalam program tersebut lapor Mynewshub.

Luahan Ibu Peserta JCM Apabila Netizen Kritik Hadiah Kemenangan Anak Mereka

�Ya. Itu adalah anak kami Aiman dan Airil. Semalam kecoh satu Malaysia pasal hadiah wang tu. Macam-macam komen. `Chill� lah. JCM ni untuk cari pengayuh basikal cilik sebagai pelapis negara sebab persatuan sedia ada macam kau orang sahaja peranan diaorang. Lupa dah objektif persatuan.

�Sebagai ibu bapa yang penting adalah pendedahan yang berharga bukan faedah kewangan. Mereka telah menyertai pertandingan dan menang. Mereka hanya mahu berada di podium dan itu adalah kebahagiaan mereka. Dapat sijil dan piala. Duit itu tokenlah kalau dapat,� katanya semalam.

Kenyataan beliau itu dikongsi oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar di laman Facebooknya sambil menyatakan penghargaan di atas komen positif ibu bapa peserta ke atas program berkenaan.

Katanya: �Terima kasih Rosida dan Azizah. Amat menghargai komen anda sebagai ibu bapa yang di JCM pertama. Komen ada sangat bermakna kepada saya dan beri semangat kepada saya untuk meneruskan pencarian bakat. Anda punyai sikap yang hebat sebagai ibu bapa dan saya mendoakan kejayaan anak anda dalam sukan berbasikal�

Media pada 13 April lalu melaporkan niat baik Kementerian Belia dan Sukan untuk memajukan sukan berbasikal mendapat kecaman ramai susulan hadiah dua daripada acaranya baru-baru ini terlalu rendah, hanya antara RM10 hingga RM30.

Foto-foto acara penyampaian hadiah acara bawah 9 dan 11 tahun yang disempurnakan oleh Khairy Jamaluddin mendapat kritikan dan sindiran pengguna Internet terutama pemimpin parti pembangkang.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel