Pasar Mini di Parit, Perak Dicemari Babi Panggang
PENDUDUK khasnya masyarakat Islam di kawasan Parit, Perak hari ini dikejutkan dengan penyebaran gambar babi pangang yang sedang dipotong di dalam sebuah pasar raya.
Gambar �hidangan� itu dipercayai dirakam di sebuah pasar raya yang sering dikunjungi oleh orang Islam, seperti mana yang dikongsikan oleh pengguna Facebook Syah Ila di halaman Facebooknya lapor Mynewshub.
�Pada sesiapa yang pergi Parit, jangan beli barang di kedai mini pasar raya Yat Lai Hiong kerana dia memotong babi di dalam kedai, atas peti aiskrim. Boikot terus,� tulisnya.
Menurut wanita itu, gambar eksklusif tersebut diperoleh daripada group perbualan WhatsApp pada kelmarin, dan kini sudah tersebar meluas menerusi media sosial tempatan.
Difahamkan, pasar raya mini itu sering dikunjungi oleh ramai pelanggan beragama Islam dan pemuat naik menyarankan orang ramai berhenti berbelanja di pasar raya itu serta beralih kepada kedai lain.
Apakah pandang anda tentang perkara ini? Apakah segelintir golongan Cina di Malaysia sememangnya jahil mengenai sensitiviti agama Islam atau sengaja mencetuskan provokasi?