Rupanya Ada Sejarah Histeria Besar-Besaran Pernah Berlaku Sebelum Ini

GEORGE TOWN � Kejadian histeria yang menjadi sebahagian daripada tajuk utama selepas ia �menyerang� beberapa buah sekolah di Pengkalan Chepa, Kelantan baru-baru ini bukanlah satu perkara baharu.

Pada tahun 1970-an dan 1980-an, terdapat laporan kejadian sama berlaku dalam kalangan pekerja-pekerja wanita di beberapa buah kilang di Pulau Pinang.

Pada 13 Oktober 1972, akhbar The Star telah menulis tentang salah satu daripada kes histeria besar-besaran yang paling awal direkodkan, yang melibatkan 11 pekerja wanita di sebuah kilang elektronik di Pulau Pinang lapor mStar Online.

Rupanya Ada Sejarah Histeria Besar-Besaran Pernah Berlaku Sebelum Ini

Dalam kejadian itu, bomoh terpaksa dipanggil sebelum kira-kira 300 daripada mereka dapat kembali bekerja.

Pekerja-pekerja wanita telah diserang histeria selama dua pagi berturut-turut selepas kejadian sama menyerang sekumpulan pekerja di kilang berhampiran.

Pada 19 Oktober 1981, The Star telah menemuramah pakar psikiatri, Dr, Teoh Jin Inn yang mengulas bahawa �histeria adalah satu eskpresi permusuhan tanpa kekerasan fizikal�.

Pada 23 November 1989, The Star melaporkan bahawa kira-kira 40 operator pengeluaran di sebuah kilang di Bayan Lepas diserang histeria.

Dalam satu temu bual pada Khamis, bekas Setiausaha Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Pulau Pinang, M. Ramachandran berkata kes histeria terbesar yang pernah dihadapinya adalah pada tahun 1970-an dan melibatkan 600 pekerja di sebuah kilang tembikar di Kulim, Kedah.

Histeria Besar-Besaran Pernah Berlaku di Era 70an dan 80an
Laporan mengenai kejadian histeria yang dilaporkan oleh akhbar The Star pada 13 Oktober 1972.

�Di Pulau Pinang, saya telah dipanggil untuk membantu apabila histeria besar-besaran berlaku di enam atau tujuh buah kilang di sana antara tahun 70-an dan 80-an.

�Kebanyakannya adalah kilang elektronik dan kilang tekstil,� katanya.

Ramachandran berkata semua kes melibatkan wanita dan beliau tidak pernah melihat lelaki yang terjejas kerana histeria.

�Daripada pengalaman saya, ia bukan disebabkan oleh kuasa-kuasa ghaib.

�Histeria besar-besaran adalah disebabkan oleh tekanan di tempat kerja.

�Wanita-wanita itu keluar dari kampung mereka untuk bekerja di kilang-kilang. Mereka tidak biasa dengan persekitaran kerja dan tekanan daripada pihak atasan yang perlu dipenuhi, �katanya.

Kes terbaharu berlaku di Kelantan, di mana histeria besar-besaran melanda pelajar di SMK Pengkalan Chepa 2 pada 11 April, dilaporkan menjejaskan lebih daripada 100 pelajar dan guru.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel