Demi Tambah Pengikut Facebook, Lelaki Pura-Pura Tembak Kepala
Bekas samseng jalanan Thailand yang berpura-pura menembak kepalanya sendiri melalui aksi secara langsung dalam Facebook telah ditahan oleh polis atas tuduhan memiliki senjata.
Polis mendakwa Nae Wat Dao selepas sengaja berbuat demikian semata-mata kerana mahu menambah jumlah pengikut dalam media sosial itu.
Selepas aksi Nae 'menembak' diri sendiri itu, jumlah pengikutnya dalam Facebook telah meningkat beratus ribu orang.
Dia kini memiliki lebih sejuta pengikut dalam Facebook.
Selepas kejadian itu, Nae turut dimasukkan ke hospital akibat kecederaan ringan yang dialami susulan 'tembakan' palsu berkenaan.
�Laporan berita menyatakan dia menggunakan pistol untuk menembak kepalanya. Jika dia betul-betul menembak kepalanya, sudah tentu dia mengalami kecederaan parah.
�Siasatan yang dijalankan juga mendapati ia hanya luka kecil dan tidak memerlukan jahitan,�� kata ketua polis, Uthasin Ruangdet.