Trend Tukar Baju Dengan Pasangan
GAMAKNYA bila sudah terlampau kreatif, beginilah jadinya!
Dahulu pasangan bercinta hanya gemar mengenakan pakaian sedondon namun kini, fenomena itu berubah sedikit.
Tak pasti pula entah sejak bila bermula, menukar baju sesama pasangan tiba-tiba jadi trend dan ikutan ramai untuk bergambar khususnya golongan remaja lapor Mynewshub.
Bergambar dengan mengenakan pakaian milik kekasih dikatakan jadi �kegilaan� kerana kelihatan sweet dan kelakar.
Walaupun trend bergambar ini disifatkan hanyalah �suka-suka�, namun ianya mengundang kecaman ramai di media sosial.
�Akhir zaman. Allah melaknat perempuan menyerupai lelaki dan lelaki menyerupai perempuan,� tulis Aisyah Nur Hurairah.
�Kau rasa benda ini �cool�. Tak, ianya sungguh jelek,� tulis Afifah.
Difahamkan, trend ini sangat popular di negara seberang, Indonesia dan dikhuatiri bakal menjadi ikutan di negara ini pula.