Julia Perez Jawab Isu Botakkan Kepala
JIKA ditanyakan kepada kebanyakan wanita pasti mereka tidak sanggup untuk membotakkan kepala masing-masing walau demi tujuan apa pun.
Namun, berlainan pula halnya dengan selebriti kontorversi Indonesia, Julia Perez yang tidak kisah untuk menogelkan mahkotanya demi menyatakan sokongan terhadap pesakit kanser.
Pada mulanya, ramai peminat membuat andaian bahawa dia membotakan kepala disebabkan kecewa dengan hal rumah tangga yang terkandas tengah jalan lapor Mynewshub.
�Saya botak bukan untuk mencipta kontroversi dan juga bukan kerana stress dengan penceraian. Tujuan saya adalah sebagai sokongan untuk pesakit kanser, khususnya untuk pesakit wanita,� katanya.
Tidak hairanlah Julia Perez atau Jupe bertekad untuk membotakkan kepalanya demi sokongan moral kepada pesakit kanser kerana sebelum ini dia juga pernah menghidap kanser serviks namun dia telah disahkan bebas daripada penyakit tersebut baru-baru ini.
�Saya botakkan kepala sebagai sokongan moral buat wanita yang menghidap kanser, walaupun rambut mereka gugur akibat menerima rawatan, mereka tetap cantik dan menarik biarpun rambut sudah tiada,� ujarnya lagi.
Jupe sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan bintang bola sepak Argentina, Gaston Castano pada 2013 namun disahkan bercerai bulan lepas.