Pelajar Murtad, Homoseksual Dapat Status Pelarian di Kanada
PETALING JAYA: Kanada telah membenarkan seorang pelajar warganegara Malaysia gay dan ateis untuk menetap di negara tersebut sebagai pelarian.
Lembaga Imigresen dan Pelarian Kanada telah memutuskan untuk membenarkan Hazim Ismail selepas pendengaran selama 20 minit pada Selasa.
Agensi berita negara tersebut CBC News melaporkan, Hazim, yang merupakan pelajar jurusan psikologi di Universiti Winnipeg, takut nyawanya diancam sekiranya dia dihantar pulang ke Malaysia.
�Keputusan lembaga itu amat menerujakan dan saya berasa sungguh disayangi dan dihargai,� kata Hazim dalam satu temubual bersama CBC.
Hazim menceritakan bahawa sebelum ini, dia pernah terfikir untuk pulang ke Malaysia dan menjalani kehidupan �di bawah radar� namun berubah fikiran sejak kes itu menjadi perhatian media tempatan Kanada.
Dia juga seakan-akan menuduh bahawa ada segelintir rakyat Malaysia telah mengugutnya, selain melontarkan kata-kata kesat terhadap statusnya sebagai homoseksual.
�Saya sedang cuba berjuang untuk terus hidup kerana Malaysia tidak mengiktiraf kaun LGBT,� tambahnya lagi.
Peguam yang mewakili Hazim, Bashir Khan berkata keputusan lembaga tersebut bermaksud anak guamnya tidak boleh dihantar pulang ke Malaysia.
�Hazim datang ke sini sebagai penuntut status pelarian dan dia akan bebas ke luar sebagai insan yang dilindungi.�
Nama Hazim menjadi sebutan selepas kisah penderitaan dia di Kanada dibuang keluarga akibat tidak dapat menerima dirinya yang mengaku sebagai seorang gay dan murtad, mendapat liputan meluas di media antarabangsa termasuklah Malaysia.
Setelah putus hubungan dengan ahli keluarganya Hazim beralih kepada pengumpulan dana dari orang ramai melalui halaman GoFundMe supaya dia boleh meneruskan pengajiannya dan mengekalkan status imigresen di Kanada.