10 Perkara Anda Wajib Lakukan Bila Usia Mencecah 30 Tahun
Bila masuk je tahun baru, usia kita pun akan bertambah. Ramai yang tertanya-tanya apa yang perlu mereka lakukan bila pada usia 30 tahun.
Bila usia dah mencecah 30 tahun, dah kena fikir tentang masa depan. Yang mana belum kahwin tu, kahwin la cepat-cepat.
Menerusi Hanasuva.com, kami kongsikan 10 perkara yang wajib anda lakukan bila usia anda menjejak 30 tahun.
1. Simpan duit
Kena simpan walapun jumlahnya sikit. Malu la kalau umur dah 30 tahun, karier pun dah stabil tapi masih tak ada wang simpanan. Jangan bazirkan wang tak tentu hala.
2. Perbaiki hubungan keluarga
Kalau sebelum ni bergaduh dengan adik-beradik, baiki hubungan tersebut. Ikatan keluarga paling penting. Apa pun yang jadi, keluarga la tulang belakang anda.
3. Jangan tangguh impian
Nak kahwin, sambung belajar, tukar kerja lain, sila buat sekarang. Umur tu dah 30 ok. Jangan tangguh. Kalau ada impian ke Makkah lakukan ketika muda, waktu badan tu sihat dan bertenaga.
4. Berhenti makan benda mengarut
Bila umur meningkat, kesihatan pun kena lebih terjaga. Jangan la nak makan benda bukan-bukan. Kurangkan makanan segera dan jajan.
5. Bersukan
Jadikan bersukan sebagai salah satu hobi. Pergi berjoging ke, zumba ke. Tolong jangan nak tambah berat badan sebab makin meningkat umur, makin susah nak kurus balik.
6. Jangan merokok
Dah la mahal, busuk dan tak baik untuk kesihatan pulak tu. Tolong la buang tabiat buruk tu.
7. Pakai krim pelindung matahari
Bila umur dah 30 tahun, kulit tu kena jaga. Sinaran matahari jadi punca kulit berkedut. Pakai krim pelindung matahari kalau tak nak nampak muka tu lagi tua dari usia.
8. Melancong
Bila kerja dah stabil dan ada simpanan, pergilah melancong sejauh mungkin. Bak kata pepatah, jauh pemandangan luas pengetahuan.
9. Hargai teman
Kawan datang dan pergi, tapi hargai la teman yang sentiasa ada ketika susah mahupun senang. Walaupun jarang berjumpa, hubungi mereka selalu. Mana tau, mereka tu la teman ketika tua.
10. Beli rumah
Bila kewangan dah stabil, beli rumah anda sendiri. Ramai yang ambil remeh tentang aset penting ni. Jika beli rumah di usia 30 tahun, bila umur mencecah 50 tahun, hutang pun dah nak habis.