Cara Bayar Parkir Kereta Guna Kupon SMS dan Apps

Cara Bayar Parkir Kereta Guna Kupon SMS dan Apps. Anda hendak tahu cara bayar parking kereta terkini di kawasan MPJBT, Johor? Dikongsikan dari FB MPJBT, berikut dikongsikan panduan cara-cara membuat pembayaran parkir bermula 1 Mei 2016. Untuk makluman, pihak Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) telah melaksanakan medium pembayaran parkir secara kupon, SMS dan juga Apps (aplikasi mudah alih) di bebearpa kawasan terpilih seperti di bawah ini.

Cara Bayar Parking Kereta Guna sms

Cara Pembayaran Parking Kereta Di MPJBT 1 Mei 2016

Perlaksanaan sistem terkini ini akan dijalankan bermula di Taman Ungku Tun Aminah, Taman Universiti, Taman Bukit Indah dan Taman Nusa Bistari. Bagi kawasan lain, ianya akan dilaksanakan secara berperingkat dimana sistem kupon masih digunakan. Berikut adalah 3 kaedah pembayaran parkir yang terpakai di MPJBT :-

A. Penggunaan Kupon

  1. Mempamerkan kupon parkir yang diperolehi di Ibu Pejabat, Cawangan serta kaunter bergerak MPJBT.
  2. Kupon juga boleh didapati melalui anggota penguatkuasa parkir dan agen jualan yang akan dikemaskini di papan tanda zon berkupon, laman web, media cetak dan elektronik.

B. Penggunaan Aplikasi Mudah Alih (Apps)

  1. Aplikasi boleh dimuat turun di Appstore atau Playstore dengan carian �SMSParkir�
  2. Pembayaran boleh dilakukan samada melalui caj kredit telefon atau e-wallet dengan melengkapkan maklumat No. Kenderaan, No. Petak Parkir, tempoh masa serta rangkaian telekomunikasi di aplikasi mudah alih tersebut. 

C. Penggunaan SMS

Cara menggunakan khidmat SMS untuk membayar pcaj parking tempat letak kereta :-
  • Pengguna menghantar SMS:
Kod Negeri (J) & Tempoh (30minit, 1-10 jam)<jarak> No. Plat Kenderaan <jarak> No. Petak Parkir dan hantar ke 2028
  • Contoh: J30 JHR3700 5AAA1

D. Pas Bulanan

  1. Kadar bayaran adalah RM100 bagi tempoh sebulan.
  2. Hanya boleh digunakan di dalam kawasan MPJBT.
Untuk makluman, Tempat letak kereta adalah PERCUMA melalui pembayaran secara SMS dan Apps sepanjang tempoh percubaan 1-14 Mei 2016 bagi pengguna CELCOM SAHAJA.

Waktu Operasi Kuatkuasa Pembayaran Parkir

Setiap hari kecuali hari Jumaat dan cuti umum, bermula pada jam 8.00 pagi sehingga jam 6.00 petang.

Kadar Bayaran:

  • � jam = RM0.40
  • 1 jam = RM0.60

Cara Hubungi 

Untuk sebarang aduan dan pertanyaan, sila hubungi:
Zen Trillion Sdn Bhd,
401-403 Industrial Building Centre, Technovation Park,
Universiti Teknologi Malaysia, 81300 Johor Bahru, Johor.
Tel: 019-720 0241
Semoga panduan Cara Bayar Parkir Kereta Guna Kupon SMS dan Apps di MPJBT ini bermanfaat buat semua dan kaedah teknologi terkini yang diperkenalkan ini mampu memudahkan urusan orang ramai.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel