Pilihanraya Sarawak 2016 PRU 11

Pilihan Raya Umum Negeri Sarawak 2016. Pasti ramai yang ternanti-nanti bilakah tarikh Pilihanraya Umum DUN Negeri Sarawak 2016 kesebelas (PRN-11/ PRU 11)? Parti komponen BN kini diterajui oleh Tan Sri Adenan Satem dan Penggal DUN Sarawak sekarang akan berakhir pada 30 Jun 2016. Tarikh PRU Sarawak 2016 adalah pada 7 Mei 2016 (Sabtu) dan keputusan Pilihanraya Sarawak 2016 akan dikemaskini dari masa kesemasa selepas pengumuman rasmi diumumkan.

  • Keputusan Terkini PRN Sarawak 2016 : Klik RESULT

pru sarawak 2016

Tarikh Pilihanraya Umum Sarawak 2016 

Berikut dikongsikan beberapa maklumat penting mengenai Pilihanraya Umum Sarawak tahun 2016 yang akan dikemaskini dari masa kesemasa.
  • Tarikh Pilihanraya Umum Sarawak 2016 : DUN Sarawak akan dibubarkan pada 11 April 2016
  • Tarikh Penamaan Calon : 25 April 2016 (Isnin)
  • Tarikh Mengundi Awal : 2 Mei 2016 (Selasa)
  • Tarikh Rasmi Pengundian : 7 Mei 2016 (Sabtu)
  • 82 kerusi akan dipertandingkan termasuk 11 kerusi DUN baru 
  • Nota : Semakan Daftar Pemilih Dan Lokasi Mengundi PRU Sarawak 2016 : Klik Sarawak PRU 11 

Senarai Penuh Calon PRU Sarawak 2016

  • * Senarai penuh calon yang bertanding dalam Pilihanraya Umum Negeri Sarawak 2016 boleh dirujuk di PRU11

Keputusan Pilihanraya Sarawak 2016 (PRU 11)

Untuk makluman, Pilihanraya Umum Sarawak (kesepuluh) kali terakhir telah diadakan pada 16 April 2011 dimana parti memerintah, Barisan Nasional (BN) telah memenangi majoriti 2/3 kerusi yang dipertandingkan sebahagian besar melalui Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Pada pilihanraya umum Sarawak 2011, PBB yang diketuai oleh bekas Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud memenangi kesemua kerusi yang di oertandingkan terutama di kawasan Melayu Iban dan Melanau. Parti Rakyat Sarawak (PRS) iaitu sebuah lagi parti komponen BN negeri telah memenangi 8 daripada 9 kerusi  tetapi Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) telah mengalami nasib berbeza. SUPP telah kalah teruk dengan hanya memenangi 6 buah kerusi sahaja.  

Berikut dikongsikan keputusan Pilihan raya Negeri Sarawak tahun 2016, 2011 dan 2006 :-

Tahun 2016

Tahun 2011

  • BN memenangi 55 dari 71 kerusi DUN. 
  • Pakatan Rakyat termasuk DAP menang 15 kerusi dan calon Bebas menang 1

Tahun 2006

  • BN memenangi 63 dari 71 kerusi DUN. 
  • Pakatan Rakyat termasuk DAP menang 8 kerusi

Maklumat tentang Pilihanraya Umum Sarawak 2016 ini termasuk tarikh sebenar, senarai calon dan keputusan akan dikemaskini dari masa kesemasa.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel