Inilah Ijazah Paling Laris Untuk Diambil Bekerja Bagi Tahun 2016

Kita sentiasa dengar bahawa ijazah kejuruteraan atau sains komputer adalah pilihan yang paling tepat pada masa kini. Mempelajari ilmu bisnes juga merupakan idea yang bagus. Namun begitu, ijazah yang mana yang paling digemari oleh majikan pada zaman sekarang?

Sebuah kajian telah dijalankan oleh National Association of Colleges and Employers (NACE) yang menunjukkan apa yang dicari oleh majikan dalam tahun 2016.

NACE melakukan kajian tersebut pada permulaan Ogos 2015 yang lalu sehingga pertengahan September ke atas 201 syarikat, bertanyakan tentang pelan mereka untuk mengambil pekerja yang baru menamatkan pengajian kolej dan universiti. Kebanyakan responden meruapakan syarikat besar seperti Aetna, Chevron, DuPont, Procter & Gamble; dan juga Macy�s.

Inilah Ijazah Paling Laris Untuk Diambil Bekerja Bagi Tahun 2016

Jadi ijazah mana yang menjadi pilihan majikan? NACE memecahkan kepada 3 ijazah dengan 11 di bawah Ijazah Sarjana Muda; dan 10 bagi Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah.

Walaupun kajian yang dilakukan ini adalah ke atas syarikat-syarikat di luar Malaysia, sedikit sebanyak ianya memberikan indikasi tentang permintaan dunia korporat ke atas graduan baru di luar sana.

Carta di bawah Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah adalah seperti memberikan indikasi bahawa dunia kini lebih menerajui teknologi telekomunikasi.

Senarai Ijazah Terlaris Untuk Diambil Bekerja Pada Tahun 2016

Senarai Ijazah Paling Laku Untuk Diambil Bekerja Pada Tahun 2016

Senarai Ijazah Paling Laku Untuk Diambil Bekerja Pada Tahun 2016

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel