Inilah Zoo Neraka Paling Kejam Yang Terletak Di Indonesia (10 Gambar)
Sebuah zoo yang terletak di Surabaya, Jawa Timur Indonesia ini pernah mendapat kecaman daripada dunia terumatanya di kalangan aktivis pencinta binatang.
Zoo yang mendapat gelaran sebagai �zoo neraka� ini menjadi perhatian di mata dunia apabila gambar-gambar haiwan-haiwan yang terdapat di zoo ini tersebar di internet.
Gambar-gambar yang memaparkan haiwan-haiwan seperti harimau, beruang dan singa dalam keadaan yang kotor dan menyedihkan seperti tidak mendapat layanan yang baik daripada pihak pengurusan zoo ini.
Zoo yang mula dibuka kepada umum pada 28 September 1917 ini terletak di kawasan seluas 37 ekar yang menjadi kediaman kepada 3500 ekor binatang.
Pada tahun 2010, aktivis haiwan telah memfailkan aduan mengenai layanan teruk terhadap haiwan-haiwan yang terdapat di zoo tersebut yang kemudiannya menyebabkan penggantungan lesen zoo ini oleh pihak berkuasa Indonesia berikutan kematian seekor harimau sumatra dan singa afrika.