Kembar �Tumpang Hidup� Dalam Perut 15 Tahun

SUNGAI PETANI � Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun di Kedah tidak menyangka perutnya yang semakin membesar saban tahun adalah berpunca dari janin kembarnya yang hidup secara parasit dalam perutnya.

Kejadian itu disedari selepas Shahril menjalani pembedahan akibat sakit perut di sebuah hospital berdekatan, dan terkejut apabila �makhluk� itu dikeluarkan daripada perutnya, pada Rabu lalu.

Memetik laporan Sinar Harian, sumber terdekat Shahril memberitahu, janin yang berjaya dibawa keluar itu ada kaki, tangan, rambut bergulung sama panjang dengan ketinggiannya termasuk alat sulit yang sudah pun terbentuk.

Kembar �Tumpang Hidup� Dalam Perut 15 Tahun

Selain itu, sumber turut bercerita, Shahril pernah dibawa menjalani pemeriksaan doktor sejak dari kecil kerana saiz perutnya yang membulat tidak seperti kanak-kanak lain.

Namun doktor tidak melakukan apa-apa pembedahan ekoran dia tidak pernah merasa sakit. Malah, pada usia 10 tahun, Shahril sangat aktif dalam sukan seperti bola sepak

Bagaimanapun, apabila dia memasuki persekolah peringkat menengah, pergerakan Shahril menjadi terbatas serta berasa malu apabila saiz perutnya yang semakin membesar sudah tidak dapat disembunyikan.

Terkejut Kembar �Tumpang Hidup� Dalam Perut 15 Tahun

�Sehinggalah dikejutkan dengan insiden sebulan lalu, remaja itu mengadu berasa sakit di bahagian perut sehingga memerlukan penjagaan eksklusif dari bapanya.

�Begitu juga apabila hendak tidur dan makan, perlu diurut terlebih dahulu seolah-olah rasa dicucuk di bahagian perut.

�Disebabkan itu, dia juga dikatakan tidak boleh menelan makanan memandangkan apa yang dimakan akan dimuntahkan kembali.

�Keadaannya berlarutan sehinggalah menyebabkan keluarga membawanya ke hospital di mana doktor menyarankan agar pembedahan dibuat dengan segera bagi memulihkannya,� katanya.

Difahamkan, kes yang menimpa Shahril ini berkemungkinan adalah pertama kali dilaporkan berlaku di Malaysia.

Kejadian seumpama ini dianggarkan berlaku 1 dalam 500,000 kelahiran dan juga pernah direkodkan di India pada 1999 apabila seorang lelaki berusia 36 tahun juga mengalami fenomena sama yang dipanggil fetus in fetu.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel