RM704, Harga Sebiji Hamburger Di Venezuela

CARACAS � Mengembara ke Venezuela ketika ini sama ada atas urusan kerja atau bercuti tentu bukan satu pilihan menarik ekoran negara Amerika Latin itu sedang dilanda krisis dalam pelbagai sektor kehidupan harian.

Krisis politik, ekonomi dan sosial terus menyelubungi negara yang dipimpin oleh Presiden Nicolas Maduro itu. Antara yang paling dirasakan rakyat Venezuela bersangkutan kos untuk urusan ekonomi dan kesihatan.

Menurut agensi berita antarabangsa AFP, harga barang keperluan asas pengguna melambung, bekalan ubat-ubatan terbatas waima hospital kerajaan penuh dengan pesakit miskin yang tidak mampu membayar caj rawatan.

Kos sara hidup di Caracas, ibu kota Venezuela atau nama rasminya, Satiago de Leon de Caracas dengan penduduk sekitar 5 juta orang pada waktu ini jauh lebih mahal daripada Tokyo, Jepun dan Zurich, Switzerland.

RM704, Harga Sebiji Hamburger Di Venezuela

Tinjauan AFP mendapati, sebiji hamburger biasa dijual dengan harga 1,700 bolivar (kira-kira RM705) manakala kadar sewa penginapan bilik hotel jenis standard ialah 69,000 bolivar (RM28,578) untuk semalam.

Jika dibayar dalam bentuk tukaran mata wang dolar Amerika Syarikat (AS) pula, ia dikatakan lebih murah sedikit, yakni sebiji hamburger yang saiz biasa itu boleh dibeli pada harga sebanyak AS$170 (bersamaan RM700).

Untuk penginapan kamar hotel dengan tarif standard AS$6,900 (RM28,437) semalam. Nilai AS$1 setara dengan 10 bolivar. Namun, tidak ada pedagang tempatan yang menjual dengan harga di bawah kawalan mata wang rasmi.

Di pasaran gelap, AS$1 dinilai pada harga 1,000 bolivar. Sangat mahal! Inflasi melambung tinggi. Segala keperluan asas tinggi akibat banyak barangan terpaksa diimport sekali gus harga menjulang tinggi di luar kewarasan akal.

Sebahagian besar golongan kelas menengah Venezuela juga dilaporkan jatuh miskin. Mereka tidak mampu lagi hendak membeli sebiji hamburger atau membayar sewa waima untuk bilik standard di hotel-hotel biasa.

Harga Sebiji Hamburger Di Venezuela Kini RM704

Kegagalan presiden sebelumnya, Hugo Chavez merancang masa depan ekonomi negara dengan menetapkan harga runcit petrol terendah di dunia kini �memakan� Venezuela apabila kadar inflasi berada pada paras 800 peratus.

Dahulu Venezuela mewah dengan �minyak� namun hari ini emas hitam itu semakin pupus. Bayangkan tambang teksi sahaja sekitar 15 minit perjalanan tanpa kesesakan lalu lintas boleh mencecah 1,572 bolivar (kira-kira RM652).

�Semua orang jatuh miskin walhal dahulunya mereka boleh hidup secara sederhana,� kata Michael Leal, 34; pengurus sebuah kedai cermin mata di Caracas sambil menambah: �Kami tidak dapat lagi bernafas pun.�

Di Chacao, sebuah kawasan kelas menengah di Caracas, para pegawai kerajaan terpaksa beratur panjang di luar sebuah kedai kacang. Untuk makan tengah hari, mereka dilaporkan hanya mampu membeli segenggam kacang.

Semua restoran berdekatan kelihatan kosong, sunyi sepi lengang daripada pembeli. Wajah kota Caracas seperti kebanyakan kota utama di Amerika Latin, dipenuhi banyak pencakar langit moden dan kepadatan lalu lintas.

Namun, kota yang diasaskan pada tahun 1567 ini sedang mengalami kelesuan ekonomi sangat parah akibat kejatuhan nilai mata wang semasa. Banyak premis perniagaan terutama kedai elektronik, terpaksa ditutup.

�Ini cukup mengerikan kami,� kata Marta Gonzalez, 69; pengurus kedai kecantikan di salah satu sudut kota Caracas dan mendakwa: �Tidak ada orang yang mahu membeli sesuatu yang lain, kecuali hanya makanan.�

Keadaan ekonomi lesu itu memaksa di kebanyakan kedai, peniaga lebih sanggup menerima kad debit malah terpasang notis peringatan kepada pelanggan: �Kami tidak menerima kad kredit.�

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel