Kenyataan Balas Amy Search Atas Dakwaan Yazit Search
Sebelum ini, pemain drum kumpulan Search, Yazit Ahmad telah membuat laporan polis mengatakan kumpulan Search pecah amanah dan isteri Amy Search kurang ajar terhadap dirinya.
Hari ini, akhirnya vokalis kumpulan Search, Amy, hari ini tampil menjawab tuduhan pecah amanah dan juga sikap Norhasniza Hassan atau Norish (isteri Amy).
KENYATAAN AMY:
Amy Search dengan tegas menafikan tuduhan tersebut malah menyifatkan perkara tersebut amat tidak masuk akal.
Ini komennya yang mewakili ahli anggota Search yang lain:
"Kami memberi kerjasama penuh terhadap siasatan oleh pihak polis mengenai laporan yang dibuat Yazit.
"Saya kecewa dan terkilan kerana selama 35 tahun, kami punya persahabatan adalah tentang integriti tapi hari ini seorang daripada kawan kami sendiri cuba nak sumbat kami dalam penjara dan menuduh kami menidakkan sesuatu untuk dia. Saya terkejut kerana dia membuat tuduhan tidak berasas.
"Selama ini, walaupun sejak dia sakit tapi jika setiap kali ada persembahan sama ada dia sertai kami atau tidak sepanjang show, dia tetap dapat bayaran. Kami tak pernah mengetepikan dia.
"Memang kami telah menerima bayaran dari Afjets tetapi hanya 30 peratus sahaja dahulu dan duit itu kami gunakan untuk kami bekerja mengurus dan melaksanakan konsert ini misalnya untuk sidang media juga persediaan untuk sesi latihan.
"Tuduhan tersebut telah memburukkan imej saya dan anggota Search yang lain. Dia sangat mengecewakan kami dan peminat Search. Sebenarnya selama ni jika kami ada apa-apa show, Yazit yang selalu beri masalah pada kami. Kenapa dia caci dan buat tuduhan sebegini. Kami tak tahu apa salah kami,"
Peguam kumpulan Search iaitu Yusmadi Yusof mendedahkan segala hal ehwal pembayaran dan pengurusan berkaitan Search adalah merujuk kepada satu Memorandum of Understanding (MOU) yang ditandatangani pada 25 Disember 2015 di antara pihak AFJETS dan ahli-ahli kumpulan Search iaitu Amy, Nasir, Din.
Dan sebenarnya MOU berkenaan tidak termasuk Yazit. Memandangkan perjanjian tersebut masih lagi di peringkat perbincangan, perkara berkaitan kewangan masih diuruskan secara langsung oleh pihak Search.
Umum maklum, Yazit berada dalam keadaan kurang sesuai untuk beraksi di konsert tersebut namun begitu, Search tidak mengetepikan Yazit.
Search merancang untuk menyediakan pemain drum sessionist untuk beraksi sepenuhnya pada malam konsert tersebut dengan kemunculan khas Yazit selaku anggota kumpulan Search.
KENYATAAN PEGUAM:
"Tuduhan tersebut telah memburukkan imej Amy dan anggota Seacrh yang lain. Search berharap agar beliau hentikan fitnah ini.
"Pihak Search menggesa Yazit untuk menarik balik kenyataan beliau mengenai tuduhan pecah amanah yang tidak berasas dalam masa 48 jam dan memohon maaf kepada individu yang beliau kaitkan dalam laporan tersebut
"Anak guam saya tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang kepada beliau sekiranya perkara ini berulang atau kepada mana-mana pihak yang terus menabur fitnah terhadap Search"
Untuk pengetahuan pada 4 Mei lalu Yazit membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju mendakwa Norish menengkingnya apabila dia bertanyakan wang untuk pembabitannya dalam Konsert 35 Tahun Search.
Yazit mendakwa ada berkunjung ke pejabat penganjur Konsert 35 Tahun Search, AF Jet Sdn Bhd untuk berbincang mengenai keinginannya beraksi dalam konsert itu. Dia terkejut apabila diberitahu bayaran RM75,000 sudah dilunaskan kepada Search pada Disember 2015 tetapi dia tidak menerima satu sen sehingga kini.
Konsert 35 Tahun Search akan berlangsung pada 30 Ogos ini.
(Baca: Isu Yazit Ditengking �Dah Tua Sakit Nak Mampus�, Giliran Isteri Amy Search Dedah Hal Sebenar)
(Baca: Isu Yazit Ditengking �Dah Tua Sakit Nak Mampus�, Giliran Isteri Amy Search Dedah Hal Sebenar)