Nenek Kecewa Tidak Dapat Kahwini Kekasih Muda

HASRAT seorang nenek berusia 71 tahun untuk mengahwini pemuda berumur 21 tahun tidak kesampaian apabila Mahkamah di Switzerland menolak permohonannya untuk berumah tangga dengan lelaki yang 50 tahun lebih muda daripadanya itu.

Nenek berkenaan yang tidak dinamakan, memaklumkan bahawa dia mengenali lelaki yang berasal dari Tunisia itu melalui Internet dan mereka berkongsi perkara sama iaitu meminati muzik rap.

Dia juga memberitahu pihak berkuasa bahawa jurang umur yang sangat jauh itu bukan halangan disebabkan lelaki itu tidak mahu anak lapor Mynewshub.

Nenek Kecewa Tidak Dapat Kahwini Kekasih Muda

Namun mahkamah menolaknya dengan alasan lelaki berkenaan menggunakan nenek tersebut untuk berhijrah ke Switzerland dan perkahwinan itu merupakan satu penipuan.

Ketika menceritakan mengenai kisah cintanya itu kepada media 20 Minutes, nenek tersebut berkata dia mengenali lelaki itu sejak pemuda berkenaan berusia 18 tahun dan selepas tiga tahun berkenalan menerusi media sosial, nenek terbabit telah terbang ke Tunisia untuk bertemu cinta hatinya itu.

Mereka bertemu pada bulan Ogos tahun lepas dan lima hari selepas bertemu, kedua-duanya telah mengemukakan permohonan kepada kedutaan Switzerland di Tunisia untuk berkahwin.

�Kami mengenali satu sama lain sebaik tiba di lapangan terbang. Kami tidak bercium kerana tidak dibenarkan berbuat demikian di sana.

�Dia membawa saya ke rumahnya yang terletak 250km dari Tunis, bertemu keluarganya yang menjual kambing dan biri-biri.

�Dia memanggil saya cinta hatinya dan saya tidak boleh hidup tanpanya. Saya mahu mengahwininya,�� katanya.

Dalam pada itu, pemuda terbabit ketika dihubungi media tersebut memberitahu dia sangat kecewa.

�Jurang usia bukan masalah bagi saya disebabkan saya tidak mahu anak. Saya mahu hidup dengannya. Saya telah memperkenalkan dia kepada keluarga saya dan kakak saya telah memberikan Al-Quran kepadanya,�� kata pemuda terbabit. 

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel