Penipuan Skim Emas Tok Belagak Terbongkar
SCAM: Exposed Penipuan Skim Emas Tok Belagak
Penipu akan tawarkan anda emas pada harga murah dari harga pasar sebagai tarikan untuk minat membeli kononnya menjalankan perniagaan menyimpan atau melabur emas.Selepas anda beli, ejen akan menawarkan hibah bulanan sekiranya anda setuju menyerahkan semula emas itu kepada mereka untuk disimpan.
Sehingga akan terjadi, sekilo emas ada dekat seratus orang pembeli. Sepatutnya mesti ada seratus kilo. Tapi emas tetap sekilo,ini cara skim penipuan emas geneva seperti unsur money game. Sebenarnya diaorang tak simpan pun. Emas tu akan dibawa kepada pelanggan lain pula utk ditunjuk konon2 untuk jual ler.
Bagaimana pun dengan syarat anda perlu membeli melebihi 10g sehingga 1killo emas dengan cara delay dalam tempoh antara 2 hingga 12 bulan. konon2nya emas yg anda beli di order dari kilang oleh itu kos upah murah & penghantarannya sangat lambat.
Bila menghampiri tempoh matang, syarikat akan menghubungi anda dan menawarkan belian semula emas anda dengan lebih tinggi daripada harga belian anda atau menawarkan pulangan keuntungan hasil skim emas delay. Proses ini berterusan sehinggalah target kompeni tercapai. Mungkin RM10 juta
Untuk kabur mata rambang anda akan dijanjikan untung tetap bulanan yang dijamin konon2nya atau mengambil semula emas yang anda beli tapi agent akan nasihatkan anda bodoh la� jika tak labur lagi. Kalau anda setuju jual semula, emas tu akan dijual pula kepada orang lain dengan kaedah yang sama.
Dari mana datang untung? Wang yang anda bayar untuk beli emas selalunya akan dilaburkan dalam masa anda menunggu (delayed order). Selalunya masuk ke kompeni ah long atau pajak gadai kafir yang memberi pulangan tinggi.. yang haram la bukan Ar-rahnu punya.
Bila kompeni dah capai target�.. mula ler Creaking Down Skim Cepat Kaya ini, kompeni pun lesap. Tinggallah pelabur yang gigit jari. Mangsa seterusnya tentulah ejen-ejen jualan. Mana mau lari haa?
*Cara ini lebih kurang sama dengan Penipuan Emas Geneva kini diguna oleh Skim Tok Belagak!!
Sila semak dengan Pihak Berkuasa sebelum melabur dalam skim emas
- BNM , SSM , SC, KPDNKK , PDRM -