Selain Membodek Boss, 5 Tips Ini Juga Boleh Buatkan Gaji Anda Naik

Ada yang dah kerja dua tiga tahun, tapi gaji sama je. Paling-paling pun dapat bonus je tiap-tiap tahun. Apa silapnya sampai gaji anda masih di �takuk� yang sama je?

Mungkin cara ini dapat membantu anda agar gaji dinaikkan. Kami tak jamin, tapi boleh cuba!

Menerusi Hanasuva.com, kami kongsikan kepada anda rahsia agar gaji anda dinaikkan.

Selain Membodek Boss, 5 Tips Ini Juga Boleh Buatkan Gaji Anda Naik

1. Rajin-rajinlah jumpa dengan bos

Jadualnya mungkin padat, tapi anda boleh cuba mengajaknya minum kopi bersama sebulan sekali, untuklebih mengenali dan supaya anda sentiasa diingati. Bincangkan tentang sasaran anda mengenai syarikat dan elakkan bercakap tentang orang lain dalam pejabat.

2. Jangan melenting apabila dikritik

Masalah pekerja sekarang, apabila kena kritik je mula nak melenting. Kritikan itu sesuatu yang bagus dan untuk memajukan karier anda juga. Kalau kena kritik dah melenting, bos pun tak suka!

3. Ajak rakan sekerja keluar minum kopi

Hah.. kenapa ianya penting? Apabila anda lepak dengan orang yang berbeza, anda berpeluang untuk bertanyakan tentang pengalaman mereka dalam syarikat tersebut dan bagaimana mereka boleh berjaya.

Ambil tips-tips penting tersebut. Bukan sembang kosong okay!

4. Kekal positif

Mereka yang kuat mengadu dan asyik berdepan kesukaran bekerja dengan orang lain bukanlah orang yang berjaya.

Jika anda jenis suka mengeluh bila diberikan tugasan, nama anda akan jadi buruk di mata bos. Tak ada la naik gaji!

5. Minta apa yang dihajati

Sebagai contoh, beritahu pada majikan yang anda ingin naik pangkat atau gaji. Bila nak semua tu, maka kerja pun akan bertambah. Buat perbincangan bersama majikan untuk tentukan hala tuju kerjaya anda.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel