Yazit Search Enggan Mohon Maaf, Tegaskan Dia Adalah Pengasas Search

Pemain dram Search, Yazit Ahmad, berkata tiada sebab untuknya memohon maaf dan tidak akan menarik balik laporan polis yang mendakwa kumpulan itu melakukan pecah amanah.

Malah Yazit bersama wakil peguamnya akan membuat laporan polis yang kedua terhadap kumpulan Search dan mendedahkan ada dalang yang cuba menegeluarkan namanya dari MoU lapor mStar.

Yazit Search Enggan Mohon Maaf, Tegaskan Dia Adalah Pengasas Search

Ini komen Yazit:

TAK AKAN MINTA MAAF

"Tiada sebab untuk saya minta maaf. Search berhak untuk mengenakan apa juga tindakan terhadap saya. Saya tetap akan meneruskan laporan polis (yang dibuat 4 Mei lalu) dan akan menambah satu lagi laporan terbaharu terhadap mereka, petang ini. 

"Buat masa ini saya belum bersedia untuk menjelaskan bentuk laporan itu kerana mahu mengikut lunas perundangan yang betul," 

NAMA YAZIT DIKELUARKAN DARI MOU

"Saya mendapat tahu ada anggota kumpulan itu yang meminta nama saya dikeluarkan daripada senarai Memorandum Perjanjian Persefahaman (MoU) bersama penganjur, iaitu Afjet Sdn Bhd. 

"Hasil siasatan saya juga mendapati kumpulan Search sudah pun menerima bayaran pendahuluan pertama sebanyak RM75,000, iaitu RM18,750 setiap orang, sedangkan saya tidak menerima sesen pun. 

"Jika benar duit itu digunakan untuk tujuan promosi seperti didakwa, kenapa cek bayaran itu dikeluarkan atas nama individu," 

SAYA ADALAH PENGASAS SEARCH

"Untuk apa saya bermain kalau nanti akan ada yang memaling muka dan duduk berkelompok. Saya tidak suka hipokrit. 

"Walaupun saya tidak bermain, tetapi saya tetap mahukan bahagian (bayaran) saya kerana saya adalah pengasas Search dan juga ahli lembaga pengarah syarikat pengurusan GoSearch,"

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel