Apa Yang Perlu Dilakukan Sekiranya Duit Simpanan Kena Makan Anai-Anai?
Ada sesetengah orang lebih selesa simpan duit di rumah dari pergi ke bank untuk menyimpan. Katanya, lebih mudah dan tidak perlu bersusah payah ke bank bila nak gunakan duit tersebut.
Faham mudah, tapi bila dah sampai duit tu rosak kena makan dengan anai-anai kan dah susah.
Difahamkan, gambar duit kertas yang rosak di makan anai-anai itu merupakan duit seorang warga emas. Simpan lama sangat, sampai tak perasan duit tu dah kena makan dengan anai-anai yang dikongsikan oleh Facebook Page Borneo.
Kalau benda seperti ini berlaku kepada anda, jangan buang duit tu. Pergi saja ke Bank Negara Malaysia untuk pihak bank menilai keadaan wang kertas yang rosak itu sebelum digantikan dengan wang kertas yang baru.
Berikut merupakan prosedur dan garis panduan dari Bank Negara Malaysia: