Timun Ramal Keputusan Euro 2016
Ketika berlangsungnya Piala Dunia 2010, sotong kurita digunakan untuk meramal keputusan perlawanan itu. Kini mereka ada ahli nujum baru, iaitu timun untuk meramal keputusan perlawanan Euro 2016 pula.
Timun ini digelaran Ennustajakurkku.
Kaedah yang digunakan sama seperti permainan memusingkan botol di mana timun itu akan menunjukkan mana pasukan yang dirasakan akan menang. Bila timun tu berhenti pusing, nama pasukan yang paling dekat dengan jarak timun itu akan diputuskan sebagai pasukan yang akan memenangi kejohanan itu lapor Sinar Harian.
Bagaimanapun, ramalan timun itu bukan semuanya betul.
Setakat ini ramalan yang betul hanyalah perlawanan Rusia dan Slovakia, Romania lawan Switzerland dan Sepanyok menentang Republik Czech.
Sehingga kini fan page Ennustajarakurkku sudah mempunyai lebih dari 1000 likes.