Kepentingan Bangunan Bersejarah Di Malaysia
Kepentingan Bangunan Bersejarah. Semua tahu akan kepentingan bangunan bersejarah bukan sahaja di Malaysia malahan diserata pelusuk dunia. Adalah perlu untuk kita semua mengambil langkah-langkah perlu dalam memelihara dan mengekalkan bangunan bersejarah agar warisan ini dapat dinikmati oleh cucu-cicit kita pada masa depan. Berikut dikongsikan contoh-contoh kepentingan Bangunan-Bangunan Bersejarah Di Malaysia.
Antara kepentingannya ialah kita dapat mendalami dan mempelajari sejarah negara kita. Melalui cara ini, kita lebih mendalami fakta sejarah jika dapat melihat kesan peninggalannya sendiri. Golongan pelajar akan lebih berminat dalam sejarah negara ini. Kerajaan haruslah mewujudkan matapelajaran sejarah di seluruh sekolah di Malaysia sama ada sekolah menengah mahupun sekolah rendah. Lawatan ke tempat bersejarah merupakan antara cara pembelajaran yang berkesan. Sebagai contoh, setiap Persatuan Sejarah di sekolah perlulah mengadakan lawatan ke A Famosa, Bangunan Sultan Abdul Samad dan banyak lagi boleh mengingatkan kita tentang sejarah negara ini. Tegasnya, janganlah kita mengulangi peristiwa hitam yang pernah berlaku di negara ini. Biar putih tulang jangan putih mata.
Seterusnya, bangunan bersejarah juga mempunyai nilai ekonomi dari segi tarikannya kepada pelancong. Hal ini kerana, tempat-tempat yang mempunyai kesan peninggalan sejarah sudah tentu akan menjadi tarikan tumpuan pelancong. Melalui cara ini, dapat membantu perkembangan industri pelancongan dan membawa wang asing masuk. Perkembangan ekonomi negara juga akan meningkat dan menebusi ekonomi antarabangsa. Tamsilnya, Kubu Cornwallis di Pulau Pinang dan Stesen Keretapi di Kuala Lumpur. Bangunan-bangunan sebeginilah akan menarik tumpuan pelancong untuk melihat keunikan bangunan tersebut. Hal ini kerana, dimana ada gula disitu ada semut. Sudah terang lagi bersuluh, sebagai rakyat Malaysia kita hendaklah berbangga dengan bangunan yang sedia ada di negara kita dan janganlah kita memandang sebelah mata terhadap bangunan ini.
Dalam nada yang berbeza, bangunan bersejarah juga penting dalam industri perfileman. Hal ini kerana, sesebuah filem banyak bergantung pada latar tempatnya. Jika membuat filem yang bertemakan peristiwa bersejarah, bangunan bersejarah perlu digunakan. Contohnya, filem �Police Story III� lakonan Jacky Chan di Kuala Lumpur yang berlatar belakangkan bangunan Mahkamah Persekutuan dan Stesen Kereta Api. Jelaslah bahawa terdapat syarikat perfileman negara asing yang menjalankan pengambaran di Malaysia. Hal ini menjadikan Malaysia terkenal dan berdiri gah di persada dunia.
Disamping itu, bangunan bersejarah mempunyai nilai-nilai seni dan nilai estetika yang penting. Jika dilihat dengan teliti bangunan bersejarah juga mempunyai seni bina yang halus yang bercorakkan budaya bangsa. Kita dapat menghayati kehalusan dan kreativiti seni bina bangsa kita pada zaman silam. Kita dapat menghayati keindahan dan keistimewaan budaya kita. Biar kita ambil contoh, ukiran pada dinding kayu rumah Melayu tradisional. Sebahagian besarnya dipengaruhi oleh penjajah yang menjajah di sesuatu negeri tersebut. Istana Seri Menanti dipengaruhi oleh pengaruh minangkabau. Tegasnya, bangunan ini haruslah di jaga dengan rapi agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
Setelah itu, bangunan bersejarah juga dijadikan bahan penyelidikan. Perkara ini amat penting bagi mereka yang meminati sejarah terutamanya para pengkaji sejarah. Hal ini kerana, kewujudan bahan sejarah membuktikan sejarah yang berlaku di Tanah Melayu sebelum kemerdekaan lagi. Sebagai contoh, kedatangan Portugis merupakan cerita yang benar bukannya dogeng mahupun terselit unsur mitos dan lagenda. Hal ini dapat dibuktikan apabila bangunan A Famosa yang didirikan semasa Peperangan Tiga Segi yang melibatkan tiga buah negeri iaitu Acheh, Melaka dan Johor. Jelaslah bahawa bangunan A Famosa masih berdiri dengan gahnya sehingga ke hari ini.
Natijahnya, bangunan-bangunan bersejarah merupakan sebahagian besar daripada sejarah negara kita. Jika kita bandingkan bangunan bersejarah ini tiada tolok bandingnya dengan bangunan-bangunan yang dibina pada zaman era globalisasi ini. Hal ini kerana, bangunan-bangunan ini tidak terkira nilainya dan merupakan warisan bangsa. Sebagai generasi muda, kita haruslah memelihara bangunan-bangunan sebegini untuk penghayatan dan kepentingan semua khususnya kepada generasi muda yang akan dating untuk dijadikan pengajaran. Akhir kata, janganlah kita alpa tentang sejarah yang berlaku di negara kita ini. Sejajar dengan mutiara kata bangsa yang tidak mempelajari sejarah pasti akan mengulanginya semula.
Kepentingan Bangunan Bersejarah Di Malaysia
Dalam meniti zaman atom ini, remaja kini terlalu sibuk dengan dunia sekarang sehingga alpa bahawa di negara kita, Malaysia mempunyai banyak bangunan bersejarah tanpa menghayati sejarah-sejarahnya. Bangunan-bangunan bersejarah merupakan peninggalan zaman dahulu. Jika dilihat dengan teliti bangunan-bangunan ini mempunyai nilai budaya dan kesenian yang tersendiri. Hal ini kerana, kalau tidak dipecah ruyung manakan dapat sagunya. Bangunan bersejarah ini juga mencirikan identiti negara dan merakam sejarah penting negara. Oleh itu,pemeliharaan bangunan bersejarah memang penting di Malaysia. Persoalannya kini, apakah kepentingan bangunan bersejarah ini kepada kita?Antara kepentingannya ialah kita dapat mendalami dan mempelajari sejarah negara kita. Melalui cara ini, kita lebih mendalami fakta sejarah jika dapat melihat kesan peninggalannya sendiri. Golongan pelajar akan lebih berminat dalam sejarah negara ini. Kerajaan haruslah mewujudkan matapelajaran sejarah di seluruh sekolah di Malaysia sama ada sekolah menengah mahupun sekolah rendah. Lawatan ke tempat bersejarah merupakan antara cara pembelajaran yang berkesan. Sebagai contoh, setiap Persatuan Sejarah di sekolah perlulah mengadakan lawatan ke A Famosa, Bangunan Sultan Abdul Samad dan banyak lagi boleh mengingatkan kita tentang sejarah negara ini. Tegasnya, janganlah kita mengulangi peristiwa hitam yang pernah berlaku di negara ini. Biar putih tulang jangan putih mata.