Langkah Memelihara Bangunan/ Binaan Sejarah

Langkah Memelihara Bangunan/ Binaan Sejarah. Mencadangkan langkah untuk memelihara/ memulihara bangunan/ binaan adalah merupakan salah satu isi kandungan yang perlu dinyatakan oleh pelajar dalam Tugasan Kerja Kursus Sejarah PT3. Tajuk tugasan tahun ini adalah pelajar dikehendaki membuat kajian tentang bangunan/ binaan bersejarah di tempat tinggal anda. Hasilkan satu laporan yang panjangnya tidak kurang daripada 300 patah perkataan. 

Contoh Jawapan Lengkap Kerja Kursus Sekarah PT3 2016 - klik Bangunan Bersejarah 

kerja kursus sejarah pt3 2016

Langkah Memelihara Bangunan/ Binaan Sejarah

Bangunan bersejarah perlu dikekalkan dan dipelihara. Bangunan bersejarah dapat dijadikan iktibar atau panduan kepada generasi muda dan juga dapat dijadikan bahan penyelidikan dan kajian tentang evolusi manusia yang berlaku. Persoalannya, apakah cara yang dapat dilakukan untuk mengekalkan bangunan bersejarah ini?

Tarikan Pelancong

Bangunan bersejarah boleh dijadikan daya tarikan pelancong, contohnya Kota Cornwallis, Istana Kellis, Kota A� Famosa, tapak kaki Hang Tuah, Bangunan Stadhuys, Bangunan Sultan Abdul Samad, Makam Mahsuri, Langkawi, Candi di Lembah Bujang dan Penjara Pudu. Bangunan bersejarah perlu dipulihara untuk tatapan pelancong asing. Bangunan tersebut mempunyai daya tarikan kerana berkaitan dengan sejarah yang telah berlaku di negara kita.

bangunan sultan abdul samad

Umumnya diketahui para pelancong sama ada dari luar atau dalam negara ingin melawat ke bangunan bersejarah. Selain itu, bangunan bersejarah juga boleh diubah suai menjadi bangunan muzium yang memaparkan sejarah tertentu. Contohnya, Istana Lama Kedah dijadikan Muzium Diraja Kedah yang merakamkan sejarah susur galur raja-raja yang memerintah Kedah. Pada masa yang sama, seni bina Bangunan Istana Lama Kedah dapat dijadikan bahan tontonan generasi masyarakat sekarang.

Bangunan Pentadbiran

Tambahan pula, bangunan bersejarah juga dapat ditukar menjadi bangunan pentadbiran. Contohnya, Bangunan Sultan Abdul Samad pernah dijadikan mahkamah. Dengan ini, pihak berkenaan dapat mengurangkan kos pembinaan baharu dan menjadi kebanggaan orang ramai yang pernah berurusan di situ. Di samping itu, Bangunan Sultan Abdul Samad juga menjadi mercu tanda Kuala Lumpur. Justeru, bangunan bersejarah juga boleh dijadikan rumah kebajikan atau pusat jagaan. Badan kebajikan tidak perlu menyewa atau membina bangunan baharu. Mereka boleh mengubah suai bangunan bersejarah mengikut keperluan tanpa melupuskan bangunan tersebut. Dengan ini, golongan yang kurang bernasib baik mendapat pembelaan.

Pusat Perniagaan

Di samping itu, bangunan bersejarah dapat dijadikan sebagai pusat perniagaan jika bangunan tersebut masih selamat digunakan. Bangunan bersejarah akan menjadikan daya tarikan kepada pelanggan. Peniaga juga dapat berniaga dalam suasana yang berbeza.

stesen keretapi ktm kl

Industri Perfileman

Bangunan bersejarah juga penting dalam industri perfileman. Hal ini kerana, sesebuah filem banyak bergantung pada latar belakang tempatnya. Jika membuat filem yang bertemakan peristiwa bersejarah, bangunan bersejarah perlu digunakan. Contohnya, filem �Police Story III� lakonan Jacky Chan di Kuala Lumpur yang berlatar belakangkan bangunan Mahkamah Persekutuan dan Stesen Kereta Api. Jelaslah bahawa terdapat syarikat perfileman negara asing yang menjalankan pengambaran di Malaysia. Hal ini menjadikan Malaysia terkenal dan berdiri gah di persada dunia.

Disamping itu, bangunan bersejarah mempunyai nilai-nilai seni dan nilai estetika yang penting. Jika dilihat dengan teliti bangunan bersejarah juga mempunyai seni bina yang halus yang bercorakkan budaya bangsa. Kita dapat menghayati kehalusan dan kreativiti seni bina bangsa kita pada zaman silam. Kita dapat menghayati keindahan dan keistimewaan budaya kita. Biar kita ambil contoh, ukiran pada dinding kayu rumah Melayu tradisional. Sebahagian besarnya dipengaruhi oleh penjajah yang menjajah di sesuatu negeri tersebut. Istana Seri Menanti dipengaruhi oleh pengaruh minangkabau. Tegasnya, bangunan ini haruslah di jaga dengan rapi agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

Setelah itu, bangunan bersejarah juga dijadikan bahan penyelidikan. Perkara ini amat penting bagi mereka yang meminati sejarah terutamanya para pengkaji sejarah. Hal ini kerana, kewujudan bahan sejarah membuktikan sejarah yang berlaku di Tanah Melayu sebelum kemerdekaan lagi. Sebagai contoh, kedatangan Portugis merupakan cerita yang benar bukannya dogeng mahupun terselit unsur mitos dan lagenda. Hal ini dapat dibuktikan apabila bangunan A Famosa yang didirikan semasa Peperangan Tiga Segi yang melibatkan tiga buah negeri iaitu Acheh, Melaka dan Johor. Jelaslah bahawa bangunan A Famosa masih berdiri dengan gahnya sehingga ke hari ini.       


Kesimpulannya, bangunan bersejarah masih memberikan manfaat. Bangunan bersejarah merupakan sebahagian warisan bangsa Malaysia. Tinggalan-tinggalan ini tidak dapat ditukar ganti dengan wang ringgit. Di dalamnya tersingkap banyak kisah yang tidak dapat terperikan dalam buku- buku sejarah. Oleh itu, semua pihak perlulah bekerjasama mengekalkan dan memulihara bangunan bersejarah.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel