Permohonan JPA PIDN 2016 Online Program Ijazah Dalam Negara

Permohonan JPA PIDN 2016 Online. Dipetik dari Portal eSILA, permohonan pinjaman boleh ubah JPA PIDN 2016 Online Program Ijazah Dalam Negara akan dibuka bermula dari 23 Mei 2016. PIDN merupakan program penajaan kepada 7,000 orang pelajar yang sedang mengikuti pengajian peringkat Ijazah Pertama di Universiti Awam (UA), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Multimedia (MMU) dan Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT). 
 
Permohonan JPA PIDN 2016 Online

Permohonan Program Ijazah Dalam Negara 2016 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting berkenaan dengan Permohonan JPA PIDN 2016 Online yang mengandungi tarikh penting, syarat permohonan, bidang pengajian, soalan lazim dan applikasi permohonan. 

  • Tarikh Buka : 23 Mei 2016 (Isnin)
  • Tarikh Tutup : 30 Mei 2016 (Isnin)
  • Bidang pengajian penajaan :  Bidang-bidang dibawah kelompok Klinikal & Kesihatan, Kejuruteraan dan Teknologi, Sains dan Sains Sosial.
  • Bentuk Penajaan Pelajar : Pinjaman Boleh Ubah

Applikasi Permohonan

Syarat Permohonan 

Berikut adalah syarat permohonan JPA PIDN 2016 Online Program Ijazah Dalam Negara :-
  1. Warganegara Malaysia,
  2. Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit- penyakit kritikal seperti Hepatitis, AIDS, HIV dan sebagainya;
  3. Memiliki Sijil Penuh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
  4. Ibu, bapa dan ahli keluarga tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang JPA;
  5. Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian atau peringkat yang sama;
  6. Umur tidak melebihi 22 tahun pada tarikh permohonan (23 tahun bagi pelajar peralihan);
  7. Berada di tahun pertama Ijazah Pertama dan telah melengkapkan sekurang-kurangnya satu (1) semester pengajian;
  8. Memperolehi sekurang-kurangnya Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.30 dan setara dalam peperiksaan semester peringkat Ijazah Pertama.

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan, sila rujuk kepada malkumat di bawah ini :-
Jabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Aras 6, Blok C1, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 PUTRAJAYA, MALAYSIA
(u/p: Unit Penawaran Latihan Sebelum Perkhidmatan)

Pertanyaan Penajaan

W: 8:00 pagi - 5.00 petang
T: 03-8885 3049 (10 talian)
E: pidn2015@jpa.gov.my


Sumber : eSILA PIDN
Selamat membuat Permohonan JPA PIDN 2016 Online Program Ijazah Dalam Negara. Semoga anda berjaya.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel