Lihat Bagaimana Ayah Ini Mendidik Anaknya Untuk Kumpul Duit Sendiri Beli Mainan

CABARAN RM39.90 BERJAYA!!

Memandangkan anak-anak dah 5 & 6 tahun, barulah boleh bagi training mengenai kewangan, tabiat menyimpan, ilmu hisab.

Cabaran ini bermula sejak awal bulan Mac. Mereka nak beli set Lego ninjago. Secara spontan, saya cakap, "kali ini daddy tak nak belikan. Abang and aaqil kene beli sendiri."

Muka masing-masing terkesima. Kalau tak, bajet sure approve punye kalau nak beli lego. Maklumlah, bila cikgu tanya, ayah kerja apa, mereka boleh jawab, daddy saya buat duit. erk!

Lihat Bagaimana Ayah Ini Mendidik Anaknya Untuk Kumpul Duit Sendiri Beli Mainan

1) Saya suruh mereka tanya abang jaga kedai lego tu, berapa harga set itu. Mula-mula takut, tak nak pergi. Tapi, saya cakap, takde orang nak marah pun kalau mereka tanya.

Mereka berdua memberanikan diri bertanya.

Saya memerhatikan dari jauh.

2) Selepas berpuas hati dengan penerangan abang tu, terus mereka menerpa saya. Nak beli kena ada RM40, kata mereka.

Ok, mulai saat ini abang dan aaqil kena kumpul duit. Buat satu tabung lagi. Tabung untuk beli mainan.

Mereka menggangguk. Dan keluar dari kedai.

3) Sampai di rumah, saya beritahu, jika mereka behave dan jadi anak soleh, saya berikan seringgit sehari. Tugasan yang mudah; senang kejut pagi, makan bfast habis, buat homework, tidur bilik masing-masing, kemas mainan, tolong mummy.

Mula-mula mereka buat semata-mata seringgit. Tapi bila dah kelamaan dah jadi kebiasaan, sampai lupa nak minta seringgit pun sebelum tidur.

4) Mereka sentiasa mengira duit dalam tabung mainan mereka. Saya ajar mereka bagaimana untuk susun duit, kira duit.

5) Tahan kehendak lain. Maklum lah perangai budak, semua mainan mereka nak. Saya akan cuba setkan balik matlamat mereka on track. Jadi, mereka dah dapat tahan hampir 3 bulan daripada beli mainan lain.

6) Minggu lepas, duit tabungan mereka sudah mencukupi. Bukan main suka lagi mereka, tak sabar-sabar nak pergi kedai lego.

Kami Kagum Melihat Lelaki Ini Berjaya Tahan Hati Belanjakan Anak Mainan

Semalam, pagi lagi mereka sudah keluarkan duit tabung masing-masing dan berikan pada saya.

Setelah selesai beberapa urusan, sempat singgah kedai lego untuk melunaskan janji.

Pembelian mainan kali ini amat mudah. Kerana mereka sudah ada matlamat. Masuk kedai. Terus ambil set lego idaman.

Saya berikan duit dan suruh mereka buat pembayaran sendiri, dua beradik. Kali ini, langsung tak gugup, adalah sikit keberanian.

Sukanya mereka bukan main. Kepuasan nampak di wajah mereka.

On the way balik, si abang kata, lepas ini nak kumpul duit, nak beli kereta control pula.

Dalam hati saya, Alhamdulillah, jimat duit saya - Najib Mohamed

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel