Ingat Senang Nak Jadi Komando? Saksikan Latihan Berat Yang Mereka Lakukan. (17 Gambar)
Hampir setiap pasukan tentera di dunia ini mempunyai unit khas mereka tersendiri yang menjadi aset ketenteraan mereka yang paling berharga.
Para rekrut yang ingin menyertai pasukan khas ini perlu menjalani latihan intensif yang dijalankan selama berbulan-bulan dan kebanyakkannya, latihan-latihan untuk menyertai pasukan khas ini sangat mencabar bukan terhad kepada fizikal namun turut mencabar ketahanan mental rekrut.
Di sepanjang latihan ini dijalankan, rekrut-rekrut akan diuji ketahanan fizikal dan mental mereka oleh pelatih-pelatih yang turut terdiri daripada unit pasukan khas itu sendiri.
Bukan semua rekrut yang menjalani latihan ini akan berjaya melepasi kesemua ujian dan cabaran yang diberikan kepada mereka di sepanjang program latihan ini, malah dilaporkan, ada ramai juga di antara mereka yang mengalah dan berputus asa kerana tidak lagi dapat bertahan didera dan diseksa oleh pelatih-pelatih mereka.
Namun, bersesuaian dengan skop tugas kerja mereka yang memerlukan ketahanan fizikal dan mental untuk menjaga keselamatan negara, latihan-latihan untuk kursus komando ini memerlukan pelbagai siri ujian untuk memastikan anggota-anggota di dalam pasukan elit mereka ini gagah dan fit untuk bertugas di masa akan datang.
Bila anda sudah melihat foto-foto latihan yang perlu dijalani rekrut sebelum dapat bergelar seorang komando, ini anda kini mungkin faham mengapa komando dan bekas komando sentiasa berasa bangga kerana dapat berkhidmat di dalam unit khas itu.
Bekas-bekas luka seorang rekrut yang akan bertukar menjadi parut-parut seorang perajurit.
Latihan-latihan yang mencabar mental dan fizikal rekrut.