Masjid �Kaya� Tapi Pengurusan Buat Macam Duit Sendiri
Akidah memang tidak boleh dijual beli, tetapi mudah tergadai tanpa sedar. Masjid banyak duit, tetapi pengurusan masjid buat duit masjid macam duit mereka sendiri. Kes curi RM2.00 dari tabung masjid, alih-alih kena penjara. Mungkin yang melidi duit tabung itu dalam kesempitan sangat.
Aku pernah masuk ke gereja di Kompleks Asia Jaya. Ada kotak transparent di atas meja. Ada buku catitan sebelah kotak. Dalam kotak tak bertutup, ada banyak duit bermacam-macam not.
Aku belik buku, ada lima ruang untuk diisi. Tarikh, nama, nombor telefon, jumlah dan catitan. Pelbagai kaum punya nama ada dan memang aku mencari nama Melayu. Jumpa beberapa nama siap dengan nombor telefon. Salah satu nama lelaki yang mengambil RM50 untuk beli susu anak.
Lalu aku menghubungi nombornya. Sembang beberapa minit, rupa-rupanya dia baru berhenti kerja sebagai pengawal keselamatan pada masa itu.
"Dah berjumpa dengan pak imam masjid. Kena buat surat ke bendahari. Bendahari pula suruh pergi ke pejabat zakat. Sampai di pejabat zakat, kena itu pelbagai borang. Entah bila pula nak dapat.
"Lalu kawan India suruh pergi ke gereja. Boleh terus ambil, kemudian baru tulis nama. Saya pun pergilah ke tempat itu dengan dia," katanya.
"Kenapa encik ambil RM50 sahaja? Bukan ada orang jaga pun?" soal saya.
"Entahlah, tapi walaupun tak ada orang jaga tetapi Allah nampak walaupun dalam gereja. Niat saya memang nak membeli susu anak dan sikit untuk tambang pusing-pusing mencari kerja," katanya.
Aku terdiam seketika. "Selepas itu encik?"
"Saya terus pergi beli susu anak dan balik ke rumah dengan nasi bungkus makan lima beranak. Pagi keesokan hari, gereja telefon dan selepas itu saya pun mendapat kerja menjadi pengawal keselamatan di gereja itu. Tak apalah, asalkan tidak mencuri," jelasnya.
Aku terus teringat ada seorang pakcik yang sedang meronda di tempat parking pada masa itu.
"Encik masih berkerja di situ?"
"Tak dah. Saya sudah balik ke kampung. Gereja bagi modal. Sekarang saya berniaga gerai makan," katanya.
Masjid sepatutnya boleh buat lebih baik dari gereja. Jangan bangga dengan jumlah terkumpul ratusan ribu ringgit tetapi ahli kariah ada yang dapur tak berasap.
Renungkan:
1. Kutipan setiap Jumaat yang tercatat ratusan sehingga ribuan ringgit.
2. Ke mana aliran kewangannya untuk kebajikan ahli kariah?
3. Tidak cukup hanya bendahari, siapa audit yang bertauliah untuk kewangan masjid?
4. Adakah di masjid tersedia satu biro khas yang mengaudit ahli kariah fakir, miskin, ibu tunggal, dan lain-lain?
Memang benar data yang ada di majlis agama, pusat zakat dan pusat kebajikan masyarakat itu pun ada. Tetapi data itu sudah terlalu umum. Sepatutnya masjid yang punya sumber sumbangan tetap tiap minggu perlu leibh prihatin dalam menjaga kebajikan ahli kariah.
Didoakan semoga dengan dokadanya masjid-masjid yang aktif dalam menjaga kebajikan ahli kariahnya, semoga hati masyarakat lebih dekat dengan masjid yang ada layanannya mesranya cukup lumayan. Sekadar renungan yang baik, jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan.