�Why Malay?� �Malay all stupid,..".



Encik Suami baru saja balik dari kerja. Apabila pintu lif terbuka, suami masuk ke dalam lif. Tiba-tiba nampak sebuah keluarga yang berlainan bangsa sedang menuju ke lif. Dia pun menghalang pintu daripada tertutup. Dan keluarga itu masuk tanpa mengucapkan terima kasih.

Sebuah lagi pasangan yang lain juga berlainan bangsa masuk dan senyum sambil mengangguk pada suami.

Pasangan pertama bersama anak mereka berpakaian �Ballet�, berusia sekitar 4 atau 5 tahun. Suami senyum dan melihat anak kecil tersebut dan lantas menegur.

�Hi, just came back from Ballet?�
Anak cina tersebut menjawab, �I don�t talk to stranger especially Malay,�

Suami saya terperanjat dan memandang bapa kanak-kanak tersebut. Bapanya hanya memandang siling lif dan mendiamkan diri.
Suami saya terus bertanya kepada kanak-kanak tersebut.

�Why Malay?�
�Malay all stupid,� jawabnya.

Wow!! Suami menoleh kepada bapa kanak-kanak itu dan mengharapkan ucapan kata maaf atau apa-apa saja alasan dari lelaki itu. Namun dia terus mendiamkan diri dan hanya memandang siling dan dinding.

Akhirnya, suami saya tak tahan dan terus berkata, �Nevermind kid, because Malay all stupid, you are allowed to stay at Malaysia but don�t worry. New Malay generation they are very clever. They might sent you back to your origin country,�.

Saya sendiri tidak setuju dengan kata-kata itu tetapi suami tiada pilihan kerana kedua ibu bapa kanak-kanak tersebut terus membisu.

Akhirnya, ibu kanak-kanak terbabit bersuara dengan nada yang marah.
�You shoudn�t say like that to my daughter!�
�At the first place, you should stop your daughter from saying that!� balas suami.

Saya tidak berhajat untuk mewujudkan rasa kurang senang terhadap berlainan bangsa. Apa yang saya ingin tekankan, sama ada suka atau tidak, Malaysia dihuni oleh pelbagai bangsa. Semua rakyat Malaysia.

Untuk itu, adalah perlu kita mewujudkan rasa hormat menghormati an sifat toleransi. Sifat tersebut perlu dididik dari awal.

Cuba bayangkan seandainya setiap dari anak-anak kita dididik dengan sifat perkauman dan hanya suka pada bangsa sendiri. Apa yang akan terjadi kelak? Huru hara negara. Tiada siapa yang akan menang. Yang pasti, generasi kelak akan lebih sengsara dan hidup dalam ketakutan.

Saya setuju dengan cakap suami, �dengan mengajar anak-anak begitu, kita hanya meletakkan mereka di dalam situasi yang merbahayakan mereka sendiri. Bayangkan jika mereka berjumpa dengan orang lain dan bercakap perkara yang sama, berkemungkinan besar akan berlaku pergaduhan, kecederaan dan mungkin akan menyebabkan kehilangan nyawa.

Pada ketika itu, siapa yang kita mahu persalahkan? Kita hanya ingin hidup aman dan gembira. Alangkah indahnya seandainya kita didik anak-anak kita menghormati dan menghayati budaya setiap kaum yang ada.

Kita sebenarnya sangat beruntung kerana kita tidak perlu ke luar negara untuk belajar budaya orang. Semuanya ada di Malaysia. Seandainya kita belajar menghayati, pasti kita akan nampak keindahan itu.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel