Pendedahan SmartTAG Baru Menyusahkan Pengguna

Jam Casio tu walaupun murah dan boleh beli bawah harga RM100, tapi dia punya tahan boleh siap bawak mandi. Display nombor jam maintain terang dan jelas. Siap boleh on lampu bila malam.

Tapi bila pakai Smart Tag, tak sampai sebulan dah jahanam. Kau tak boleh periksa berapa baki kredit. Dan sebab takut kredit tak cukup, kau pun pergilah beratur ikut lorong tunai/tambah nilai. Tup tup baki banyak lagi, cuma kau lupa. Sebabnya, Smart Tag kau cikai!

Pendedahan SmartTAG Baru Menyusahkan Pengguna

Isunya, siapa supplier Smart Tag ni? Apahal bangang sangat jual benda cepat jahanam? Bukannya gajet nak tukar jadi Gaban. Nak periksa kredit saja pun. Diulangi, abang nak CHECK KREDIT saja!!

Lepas tu kalau rosak hangpa caj RM53, suruh pos bagai. Repair ambik masa sampai 4 minggu. Kalau kedai cat, 1 minggu depa boleh settle ketuk dan cat kereta satu body, siap belanja teh ais ikat tepi.

Kemon la. Jual Smart Tag je kot. Bukan jual benda teknologi tinggi pun! - Bang Nin

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel