Virus Demam Semakin Kebal Kerana Golongan Anti-Vaksin

Hmm.. semua tak nak. Kalau tak coklat itu, 10 (ini perumpamaan, ada pula yang tak faham. Anak saya memang dikawal makan junk food) pun dia boleh habiskan sekali makan (2-3 bulan sekali saja bagi). Semalam saya terpaksa bagi dia makan coklat sebab dia langsung tiada tenaga. Habislah satu keping setengah. Pagi ini langsung tak nak apa-apa, susu pun tak nak. 

Paediatrician kata, kalau esok masih demam kena warded. Result blood test okay, cuma platlet rendah sikit dan sel darah putih pun agak tinggi sikit. Demam disebabkan oleh virus. Patutlah antibiotik tak berkesan. Doktor GP klinik memang suka beri antibiotik tanpa buat blood test. Sepatutnya kanak-kanak di bawah usia 6 tahun penggunaan antibiotik perlu dikawal kerana ia akan melemahkan antibodi semulajadi mereka. Antibiotik hanya untuk penyakit yang disebabkan bakteria. 

Virus Demam Semakin Kebal Kerana Golongan Anti-Vaksin

Pertama kali bawa Amanda pergi ke klinik (hari kedua demam), jumpa doktor biasa (GP) last week sebab saya busy sangat. Sorry my dear. Kalau tak, sure terus bawa berjumpa dengan paediatrician sebab biasanya demam dua hari terus jumpa paed. 

Saya pun sudah bertanya pada doktor itu sama ada perlu atau tidak antibiotik. Doktor jawab perlu sebab demam bakteria. Saya pun silap, percayakan doktor GP itu 100% sebab sebelum ini saya berjumpa Paediatrician semua akan buat blood test dulu, baru paed tentukan perlu atau tidak beri antibiotik. 

Nasihat saya, anak-anak di bawah usia 6 tahun kalau demam lebih tiga hari, tolong bawa terus berjumpa Paediatrician, bukan doktor GP. Saya menyesal sangat sebab last week tak sempat bawa Amanda jumpa Paed (hari keenam demam baru jumpa paed) macam kebiasaan bila dia demam. Regret sebab bagi dia habiskan antibiotik yang doktor GP klinik biasa berikan. 

My Paed kata, virus yang menyerang Amanda ini tiada rawatan dan Paed tak beri ubat pun walaupun antibiotik. Paed kata virus biasa dan biar antibodi Amanda sendiri yang melawan virus itu. Tetapi Paed kata trend kebelakangan ini, virus tersebut bertahan dalam badan sehingga 7 hari. Kalau dulu virus seperti ini hanya tahan selama 3 hari sahaja. Sebab itu dulu budak demam disebabkan viral fever, tiga hari paling lama. Tetapi sekarang dah meningkat ke 7 hari! Virus sudah semakin kuat sekarang, kenapa? Sebab ada golongan ibu-ibu yang memperjuangkan anti-vaksin! 

Ibu anti-vaksin ini sebenarnya pentingkan diri. Konon nak mengikut zaman Nabi dulu tak ada vaksin-vaksin ini. Nak mengamalkan makanan sunnah saja konon. Tahu tak zaman dulu mana ada penyakit-penyakit dan virus-virus yang semakin menggila ini? Sebab itulah zaman Nabi tak ada vaksin. Sekarang, contohnya virus yang bertahan dalam badan selama tiga hari pun jangka hayatnya dah berubah kepada tujuh hari dalam badan. 

Anak-anak yang tidak divaksin ini sepatutnya tidak dibawa ke tempat awam sebab anak anda penyebar virus! Sekarang banyak penyakit yang sudah lama tidak wujud di Malaysia, kini wujud kembali disebabkan golongan yang pentingkan diri ini. Konon anak sihat tanpa vaksin, kemudian bawa anak pergi jalan merata-rata sampai ke luar negara, kemudian bawa balik segala penyakit yang tak wujud di Malaysia ini semua. 

Wahai ibu-ibu yang selfish, tahukah anda imunisasi adalah harus (tetapi tak wajib) kerana sesuatu kerosakan akan cepat berkembang dan bahayanya adalah lebih besar. Oleh hal yang demikian, penggunaan vaksin dalam imunisasi itu adalah harus dari segi syarak. 

Keharusan ini juga adalah berdasarkan Firman Allah s.w.t dalam surah 

Al- Baqarah, ayat 195 : 
?????????????? ??? ??????? 
"Dan janganlah kamu sengaja mencampakan diri kamu kedalam bahaya kebinasaan". 

Maka, sebelum kita memutuskan sesuatu itu haram dan tidak boleh, kita perlu ada ilmu yang mendalam dan dalil yang mencukupi. Saya ingin bertanya, adakah semua yang tanpa logo halal itu haram? Adakah beberapa produk yang diluar kuasa jakim untuk memberikan logo halal seperti ubat-ubatan? Adakah anda pernah melihat logo halal pada antibiotik? Pernah nampak tak logo halal pada bungkusan nasi lemak tepi jalan? 

Sedangkan semua vaksin yang diperkenalkan di Malaysia telah mendapat hukum penggunaannya daripada mereka yang arif dan bukannya orang-orang biasa. Tetapi ibu-ibu yang selfiesh ini dengan mendabik dada beritahu anak-anak mereka bebas vaksin dan sihat sentiasa lalu mengheret anak itu ke sana sini. Memanglah anak-anak anda sihat sebab anak-anak anda berada di kalangan majoriti populasi yang mengambil vaksin. Cuba anda buat satu negara khas untuk anti-vaksin dan lihatlah populasi anda bagaimana? Sudah cuba? 

Tetapi tak, sebaliknya hantar ke sekolah awam untuk menyebarkan penyakit-penyakit tersebut kepada anak-anak lain. Tetapi betul ke anak anti-vaksin itu sihat? Sila rujuk hospital dan tanya mereka berapa ramai anak kecil mati akibat sejarahnya tidak mengambil vaksin? Saya tidak dapat keluarkan statistiknya tetapi saya ada jumpa seorang ibu anti-vaksin yang kematian anak yang tidak mengambil vaksin pneumococcal. Ya, mati. Dia menyesal dan sekarang dia sedang memperjuangkan vaksin pneumococcal. Anak baru hidup satu tahun lebih. Dia tak bagi pun coklat dan air Dutchlady ya puan-puan anti-vaks. Tetapi mesti anti-vaksin akan kata, 

"Alaa, dah ajal dia," 

Senangnya cakap. Memang betul anak-anak lain sudah divaksinkan tetapi vaksin hanya mengurangkan risiko lebih besar iaitu kematian. Tetapi masih juga anak-anak akan demam ketika badan mereka melawan virus dan demam itu sangat memberikan kesan buruk kepada kanak-kanak bawah 6 tahun terutamanya. 

Seperti Amanda ini, dia enggan makan, tiada tenaga, tak mahu minum dan kemungkinan akan dehydrated. Proses badan dia ketika melawan arus virus tersebut telah membantukan proses tumbesarannya. Sepatutnya 7 hari dia boleh explore bermacam-macam lagi di sekelilingnya. 

Oh, anak-anak yang tiada vaksin terutamanya bayi yang belum cukup imunisasi dan masih lemak antibodi, kebarangkalian untuk kematian adalah tinggi. Jadi ibu yang selfish itu, janganlah sibuk bawa anak anda pergi melawat orang yang baru lepas bersalin. Duduk saja di rumah itu senyap-senyap. 

Vaksin bertindak melalui dua jenis iaitu: 

Vaksin yang menggunakan particle/sebahagian protein dari kuman dan ia dimasukkan ke dalam tubuh kita. Apabila tubuh kita mengenal bahagian tersebut, tubuh akan menghaslkan antibodi yang spesifik untuk kuman tersebut. Apabila kuman yang sebenarnya datang menyerang, antibodi yang terhasil sebelum ini akan melalui proses vaksin tersebut akan melawan kuman yang menyerang kerana antibodi tersebut telah bersedia ketika proses vaksin dahulu.

Vaksin yang menggunakan virus hidup yang telah dilemahkan seperti ular yang hilang bisa. Virus hidup ini dimasukkan ke badan kita dan tubuh kita akan menghasilkan antibodi yang juga spesifik kepada virus tersebut. Contohnya mumps rubella, measles tetapi sebab kuman ini sudah lemah, antibodi yang dihasilkan oleh tubuh akan membunuhnya. Tubuh kita ada memory cell yang akan menyimpan data tentang kuman yang telah terdedah secara natural atau vaksinasi. Tetapi bila kuman menyerang secara natural (real), hakikatnya lebih sakit dan tidak boleh bawa kematian kepada bayi atau kanak-kanak yang belum kuat sistem imunisasinya.

Apa yang telah diberikan vaksi, memory cell akan menyuruh semua askar tubuh kita menghasilkan antibodi dan membunuh kuman yang menyerang. Justeru vaksinasi adalah langkah pencegahan terbaik sebelum ramai kanak-kanak dijangkiti. Malah, kuman zaman sekarang banyak yang sudah kebal antibiotik. Saya percaya sangat dengan penyusuan ibu sangat baik untuk bayi. Sebab itu saya berjuang dalam penyusuan ibu untuk Amanda dan Danish suatu ketika dulu. Namun, bukan semua antibodi yang spesisfic untuk semua kuman di dunia ada dalam susu ibu. Yang banyak dalam susu ibu adalah IgA yang menghalang perlekatan kuman dan toksin terutama dalam usus bayi. 

Namun, antibodi yang spesific seperti IgM dan IgG hanya sedikit. Kandungannya amat bergantung kepada kandungan antibodi spesifik dalam tubuh ibu. Jika ibu tiada antibodi e.g pertusis dan bayi pula dijangkiti pertusis, bayi akan mengalami simptom yang boleh membawa maut. 

Kita orang dewasa punya askar yang kuat untuk melawan kuman tetapi bayi dan di atas usianya tidak kuat. Malah, vaksin yang kita dapat semasa kecil bukannya memberi perlindungan sepanjang hayat. Antibodi yang terhasul dulu sudah berkurangan dalam tubuh kita. Justeru, para ibu usahlah ingat kita ada antibodi dari vaksin yang kita pernah dapat. Kita orang dewasa bolehlah mengamalkan semua makanan sunnah seperti madu, kurma. Tetapi bayi kecil belum boleh diberikan makanan tersebut. Mereka perlu dibantu dengan pemberian vaksin untuk cara menegah. 

Adakah anda di antara ibu-ibu selfish? Anda ambil vaksin semasa kecil tetapi anak-anak anda tidak diberikan vaksin? Dan perlu ingat anak-anak anda akan membawa kerosakan besar kepada masyarakat kita dari segi kesihatan nanti. Kalau berkeras tak nak vaksin, simpan anak anda dirumah. Sekali lagi, vaksin hukumnya harus dari segi syarak. 

Akibat Golongan Anti-Vaksin, Virus Demam Semakin Kebal

NOTA: 

Ada ibu anti-vaksin kata saya beri makanan dan minuman virus kepada anak saya iaitu Cadbury dan susu coklat Dutchlady ni (ini pun last resort sebab nak paksa dia menelan sesuatu. Lagipun dia tak makan pun coklat dan susu itu pada masa ini sebab memang tiada selera langsung. 

Sedangkan Paediatrician yang suruh Amanda makan coklat sebab dia langsung tak nak makan. Jadi paed suruh beri coklat untuk tenaganya. Sebab itu Amanda sakit? Biar betul? Kasihan pakar kanak-kanak itu ilmu yang diberikan disakal oleh doktor ikutan itu. Sebab abangnya pun consume benda yang sama tetapi abang tak pernah warded sakit. 

Bermacam-macam fatwa mereka ini .Terlalu mengikut kata-kata doktor di Facebook group dan Google. Saya perlukan mereka dari anti-vaksin untuk memberikan fakta yang 100% sahih di mana mereka dari golongan saintis bidang vaksinologi untuk menegakkan fakta yang anti-vaksin ini yang anti-vaksin pertahankan. Bukan dari saintis ikut-ikutan sahaja ya. Tetapi setakat ini saya tak jumpa pun anti-vaksin itu seorang saintis. - Sheila Samsudin

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel