Manfaat Tidur Tanpa Seluar Dalam Buat Wanita
Wahai wanita, masihkah anda memakai seluar dalam ketika sedang tidur? Mungkin tiba masanya anda boleh mula cuba tidur tanpa seluar dalam.
Ini kerana, tidur tanpa seluar dalam memberi banyak manfaat terhadap Miss V. Baca berikut ini manfaat-manfaatnya.
1. Miss V sejuk
Tidur tanpa seluar dalam, wanita memberi ruang Miss V sejuk dan kering. Kerana, peredaran udara lebih lancar, malah lebih baik lagi jika benar-benar tanpa busana.
2. Mencegah iritasi sekitar Miss V
Memakai seluar dalam yang ketat seharian boleh menyebabkan garis bentuk pakaian pada kulit sekitar Miss V. Oleh itu, memakai seluar dalam boleh menyebabkan iritasi kulit dan kemerahan sekitar Miss V.
3. Mencegah jangkitan
Beberapa jenis mikro organisma akan berkembang pada keadaan yang lembab. Oleh itu, bila wanita memakai seluar dalam seharian tanpa mengambil kira masa tidur, ini boleh menyebabkan jangkitan bakteria sekitar Miss V.
4. Tidak gatal
Memakai seluar dalam seharian boleh membuat wanita tidak selesa, terutama semasa tidur. Sebabnya, memakai seluar dalam semasa tidur boleh meningkatkan risiko rasa gatal sekitar Miss V. � Aliffchannel