10 Novel Romantik yang Menarik

1. Safe Haven oleh Nicholas Sparks


Kisah cinta Katie, yang bergantung kepada dirinya sendiri dan tinggal di sebuah bandar kecil di North Carolina. Pada suatu hari dia bertemu dengan Ale dan akhirnya jatuh cinta kepadanya. Kisah cinta mereka di dalam buku ini telah menawan hati ramai pembaca dan hasilnya adalah populariti buku tersebut.

2. P.S. I Love You oleh Cecelia Ahern


Kisah cinta ini mengisahkan Holly dan Gerry, yang benar-benar menyintai satu sama lain dan mempunyai kisah cinta yang luar biasa, sehingga Gerry mati. Selepas dia mati Holly terjumpa nota yang Gerry tulis untuk Holly sebelum beliau meninggal dunia. Terdapat satu nota bagi setiap bulan selepas kematiannya, dan Gerry memberitahu bahawa Holly mesti teruskan hidupnya. Ia adalah satu kisah yang sengat menyentuh perasaan didalam buku dan juga filem yang dibintangi oleh Gerard Butler dan Hiliary Swank.

3. Pride and Prejudice oleh Jane Austen


Ini adalah sebuah buku yang telah diterbitkan semula pada 1813. Ia telah dibuat kepada beberapa filem, tetapi ianya lebih baik jika anda baca buku ini berbanding menonton di filem. Kisah ini mengenai seorang wanita yang bernama Elizabeth Bennet yang hendak berkahwin. Dia bertemu Mr Darcy dan kisah mereka bermula dari situ.

4. Gone With the Wind oleh Margaret Mitchell


Buku ini telah diterbitkan sejak tahun 1936, tetapi ia masih popular hingga ke hari ini. Ia adalah satu kisah cinta Scarlett dan Rhett, yang terlepas peluang untuk mereka bercinta dan tidak berakhir bersama-sama untuk lebih lama daripada yang sepatutnya. Ia adalah sebuah filem yang memenangi pelbagai anugerah termasuk Academy Award. Ia adalah sejarah, romantis dan klasik yang orang mesti baca.

5. The Time Traveler�s Wife oleh Audrey Niffenegger


Ini adalah kisah cinta seorang lelaki yang boleh balik ke masa silam, tetapi tidak boleh kawal apabila ia telah berlaku. Anda dapat lihat cinta mereka terungkap, dan ia akan membuatkan anda tertarik sehingga ke penghujung cerita.

6. 50 Shades of Grey oleh EL James


Jika anda mahu percintaan yang mengghairahkan, maka ini dalah novel yang sesuai untuk anda. EL James merupakan pengarang buku ini mengenai seorang wanita bernama Anastasia Steele. Dia bertemu dengan seorang lelaki yang bernama Kristian Grey. Kemudian ia bertukar menjadi sebuah erotik.

7. Jane Eyre oleh Charlotte Bronte


Buku ini mengenai Jane, yang merupakan anak yatim tetapi akhirnya dibesarkan oleh ibu saudaranya, yang menganiaya beliau. Selepas dia pergi ke sekolah dia didera oleh guru besar, dengan menggunakan rotan dengan alasan untuk mengajarnya. Selepas menjadi guru dia mendapat pekerjaan baru dan bertemu dengan seorang lelaki, Encik Rochester. Malangnya dia terlambat kerana dia sebenarnya telah berkahwin dan mempunyai anak. Jane tidak mampu untuk bertahan dan akhirnya melarikan diri.

8. Twilight oleh Stephenie Meyer


Buku ini adalah mengenai kisah cinta vampire. Ia adalah satu kisah cinta klasik, tetapi ia mengenai seorang gadis yang jatuh cinta dengan vampire. Mereka tidak boleh hidup berasingan daripada satu sama lain dan perlu melalui beberapa halangan dalam usaha untuk bersama. Terdapat banyak buku-buku lain dalam siri Twilight, dan ia telah bertukar menjadi francais filem yang berjaya. Buku-buku ini adalah berbaloi untuk dibaca, watak Bella dan Edward sangat menyerlah disetiap halaman novel ini.

9. Anna Karenina by Leo Tolstoy


Ia adalah sebuah kisah cinta yang menarik mengenai seorang wanita yang mempunyai hubungan sulit dengan seorang lelaki yang mahu beliau meninggalkan suaminya. Selepas dia melakukannya, dia paranoid dan takut lelaki itu meninggalkannya.

10. Me Before You oleh Jojo Moyes


Novel intim ini adalah mengenai Will Traynor dan Louisa Clark, yang bertemu antara satu sama lain setelah melalui kehidupan yang sangat berbeza. Mereka akhirnya jatuh cinta dan mencari kekuatan di antara satu sama lain. Ia adalah buku yang mendalam, menarik dan penuh kasih sayang yang akan buat anda menangis!

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel