Bayi Lahir Dengan 15 Jari Tangan & 16 Jari Kaki


BEIJING - Seorang bayi berusia enam bulan yang dilahirkan dengan 15 jari tangan dan 16 jari kaki di Ningbo, akan menjalani pembedahan untuk membuang jari berlebihan itu, lapor People's Daily Online.

Bayi yang dikenali sebagai Yuanyuan itu, mempunyai 31 jari selain dilahirkan tanpa ibu jari pada tangan dan kakinya, mewarisi genetik ibunya yang turut dilahirkan dengan jari berlebihan, enam pada setiap kaki dan tangan.

Doktor kini dalam proses membuang jari berlebihan dan membentuk semula jari yang tinggal dalam pembedahan yang perlu dilakukan dalam tiga peringkat di mana peringkat pertama telah berjaya diselesaikan.

Oleh kerana kos rawatan yang agak mahal dan keluarga mangsa tidak berkemampuan, pihak hospital bermurah hati untuk mengurangkan harga kos rawatan kepada Yuanyuan.

Yuanyuan dijangka akan mengambil tempoh yang lama untuk pulih. Pihak hospital juga akan memantau perkembangannya selama 16 tahun.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel